GP Skim Pemilikan Jentera


GARIS PANDUAN DAN KAEDAH PERLAKSANAAN SKIM PEMILIKAN JENTERA DAN PERALATAN KECIL PELADANG (DI BAWAH DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN – KHIDMAT SOKONGAN MEKANISASI LADANG)

1.0 TUJUAN

Kertas ini di sediakan bagi menerangkan garispanduan dan kaedah perlaksanaan `Skim Pemilikan Jentera Dan Peralatan Kecil Peladang’ di bawah Pelan Tindakan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara Melalui Khidmat Sokongan Mekanisasi Ladang.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Di bawah Pelan Tindakan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara, kerajaan telah bersetuju melaksanakan beberapa projek/aktiviti, di antaranya adalah bagi memperluaskan khidmat mekanisasi ladang melalui :
  1. Menyediakan perkhidmatan pembajakan dan penuaian melalui Penyedia Perkhidmatan Pertubuhan Peladang(PP).
  2. Menggalakkan pemilikan jentera kecil seperti traktor 4 roda, power tiller, power sprayer, blower, pam air, bush cutter dan lain-lain melaui Skim Pemilikan Jentera Kecil secara ‘matching grant’ pada kadar 50% pembiayaan daripada kerajaan.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 40% menjelang akhir 2010 keperluan jentera pertanian seperti traktor 4 roda, jentuai dan jentanam (transplanter) secara sewaan kepada petani di kawasan jelapang dan luar jelapang.
  4. Menyediakan pembiayaan jentera sederhana dan besar melalui pinjaman Agro Bank sebanyak RM70 juta kepada peladang dan petani. Sebanyak RM40 juta tahun 2009 dan RM30 juta tahun 2010.

3.0 DASAR PEMILIKAN JENTERA DAN PERALATAN


3.1 Dasar kerajaan adalah bagi menggalakkan peladang dan pesawah memiliki sendiri jentera dan peralatan untuk mengusahakan sawah dan ladang mereka tanpa banyak bergantung kepada `service provider’. Dengan ini peladang dan pesawah akan dapat mengurangkan kos operasi, penyediaan tanah yang berkualiti dan kawasan yang diusahakan lebih luas di samping menambah pendapatan melalui upah kerja-kerja yang dilakukan serta dapat memodenkan usaha pertanian.

3.2 Buat masa ini pesawah dan peladang mendapat sumber pembiayaan daripada Bank Pertanian Malaysia (BPM) atau modal sendiri bagi membiayai pembelian jentera dan peralatan pertanian tersebut.

3.3 Sehingga kini, hanya Kerajaan Negeri Pahang yang telah menyediakan kemudahan bantuan kepada pesawah, peladang dan peladang kecil dengan kadar bantuan 50% daripada harga belian jentera manakala baki 50% dibiayai oleh peladang itu sendiri.

3.4 Pelaksanaan `Program Sokongan Khidmat Kejenteraan Dan
Peralatan Ladang Kerajaan Negeri Pahang ini, yang diuruskan oleh PPN Pahang bermula dari tahun 1999 telah berjaya membiayai seramai 2,698 orang peserta yang mengusahakan pertanian di negeri Pahang dengan pembiayaan sebanyak RM4.18 juta. Skim ini telah berjaya meningkatkan transformasi dan permodenan sektor pertanian serta pendapatan para peladang di negeri tersebut.

3.5 Skim ini telah dilaksanakan secara percubaan di Lembaga Pertubuhan Peladang pada tahun 2006 dan 2007 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 juta yang melibatkan 635 orang peserta.

4.0 MEMPERLUASKAN PERLAKSANAAN SKIM PEMILIKAN JENTERA DAN PERALATAN KECIL PELADANG

4.1 Perlaksanaan skim ini diperluaskan lagi di bawah Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan Negara dimana bagi meningkatkan pemilikan jentera kecil di kalangan peladang-peladang.

4.2 Peruntukan yang diperakukan di bawah khidmat sokongan mekanisasi ladang daripada tahun 2008 hingga 2010 berjumlah RM350 juta dimana agihan mengikut tahun adalah seperti berikut :

Tahun Peruntukan (RM)
2008 RM 89.1 juta
2009 RM 143.9 juta
2010 RM 117.0 juta
Jumlah RM 350 juta

4.3 Setiap peserta skim ini akan menerima pembiayaan maksima RM10,000 iaitu 50% dari harga jentera dibiayai secara grant oleh LPP dan baki 50% lagi disumbangkan oleh peladang atau pengusaha itu sendiri. Bagi permohonan yang dibuat secara kelompok, mini estet atau kumpulan peladang, ianya akan berasaskan kepada bilangan peladang dan had pembiayaan ahli individu.

Objektif mengwujudkan Skim Pemilikan Jentera Dan Peralatan Kecil Peladang ini adalah :-
  1. Bagi membolehkan sektor pertanian dapat di transformasikan ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing
  2. Memberi sokongan kepada kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran ladang dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara terpenting disamping memperolehi imbangan dagangan yang positif.
  3. Meningkatkan prestasi dan produktiviti usaha pertanian, ternakan dan ternakair.
  4. Mengurangkan pembaziran sumber tanah yang tidak diusahakan dan menarik minat penusaha mengerjakan tanah-tanah tersebut.
  5. v) Mengurangkan pergantungan kepada buruh dan tenaga pekerja di sektor pertanian dengan meningkatkan penggunaan jentera.

4.5 Skop Pembiayaan


Skop Skim Pemilikan Jentera Dan Peralatan Kecil Peladang ini merupakan khidmat sokongan mekanisasi ladang kepada peladang/ahli peladang merangkumi pembiayaan sebahagian dari kos untuk memiliki jentera dan memberi kemudahan dalam pengeluaran oleh peladang/ahli peladang. Di antara jenis jentera dan peralatan yang di cadang di biayai melalui skim ini adalah seperti berikut :

  • 1. Traktor 4- Roda `recondition’ untuk projek-projek Kelompok / Mini Estet /Kumpulan
  • 2. Traktor dua 2 - Roda (Power Tiller) Pam air
  • 3. Pam racun (`Power Sprayer’) Penyembur baja/benih
  • 4. Jentanam padi terutama untuk projek Kelompok/ Mini Estet/ Kumpulan
  • 5. Lain-lain jentera yang bersesuaian dengan pojek pertanian yang diusahakan.
Jentera yang tidak dibiayai di bawah skop pembiayaan termasuk aktiviti pemasaran, perkhidmatan, perusahaan kecil dan sederhana dan aktiviti lepas tuai.
Pembiayaan adalah dalam bentuk mesin dan peralatan dan bukan dalam bentuk wang tunai.

4.6 Fokus Keutamaan Pembiayaan

Bagi membolehkan projek ini memberi impak dan kesan yang ketara. Fokus dan keutamaan pembiayaan di bawah skim ini adalah :

Projek-projek yang dilaksanakan secara kelompok, mini estet, berkumpulam atau ahli-ahli dalam kelompok bagi aktiviti pengeluaran makanan yang diselaras dan dilaksanakan melalui PPK.

Aktiviti yang menyokong kepada `Balance Of Trade’ (BOT) dan `High Impact Project’ ( HIP ) MOA Inc. seperti ladang kontrak, projek padi ke arah 10 mton/hektar dan lain-lain.
Aktiviti pertanian yang berkaitan dengan aktiviti hiliran PPK seperti Kilang Padi, Jus/Puri, Buah-Buahan, Kilang Memproses Ayam dan lain-lain.

Aktiviti yang menyokong projek pengwujudan 10,000 usahawan oleh PPK.

4.7 Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat pemberian skim ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Permohonan hanyalah dibenarkan kepada, ahli PP, projek kelompok atau kumpulan peladang, dan Mini Estet PP (syarikat atau mana-mana perniagaan perkongsian tidak dibenarkan).
  • Jentera dan peralatan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan bidang pertanian yang diusahakan.
  • Pemohon mestilah mengusahakan aktiviti yang berkaitan pertanian secara langsung .
  • Pembiayaan bantuan di bawah skim ini adalah secara `matching grant’ dimana kerajaan akan membiayai pada atau kurang daripada 50% dari harga jentera/peralatan (termasuk kelengkapan/ perkhidmatan/cukai dan lain-lain) atau maksima RM5,000. Baki 50% lagi dibiayai oleh peserta secara sekaligus.
  • Pemohon mestilah bersetuju untuk membiayai baki 50% harga belian jentera/peralatan yang telah diluluskan melalui skim ini secara tunai-sekaligus atau pinjaman daripada institusi kewangan sebelum proses perolehan dilaksanakan dan bayaran dibuat kepada Agensi Pelaksana.
  • Setiap pemohon yang berjaya hanya dibenarkan memohon semula setelah genap lima tahun dari permohonan terdahulu.
  • Bagi peserta kelompok / kumpulan peladang PP/mini estet PP yang memohon jentera dan peralatan untuk projek, ianya hendaklah dibuat melalui unit peladang/jawatankuasa projek kelompok masing-masing. Had maksima pembiayaan dalam kategori ini bergantung kepada had maksima empat (4) pemohon individu (peserta projek tersebut) dengan bilangan jentera dan peralatan maksima yang dibekalkan sebanyak empat (4) unit. Bagi
  • peladang dan ahli Pertubuhan Peladang, bilangan jentera /peralatan yang dibekalkan adalah maksima 2 unit.

4.8 Cara Permohonan Dan Kaedah Pembiayaan


  • Peladang/Ahli Peladang/Peserta Kelompok /Kumpulan Peladang PP /Mini Estet PP mendapatkan borang permohonan melalui PPK seperti di Lampiran 1.
  • Permohonan perlu melalui PPK dan disahkan oleh Pengerusi Jemaah Pengarah, Pengurus Besar PPK, Ketua Unit dan seterusnya memanjangkannya kepada LPP Negeri/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak untuk pertimbangan dan perakuan.
  • Pertubuhan Peladang Kawasan akan mengumpul dan menyemak semua borang-borang permohonan yang lengkap dan membuat pengesahan dan di panjangkan ke LPP Negeri/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak.
  • LPP Negeri/Jabatan Pertanian Sarawak akan mengumpul dan menapis semua borang permohonan dari semua PPK di negeri tersebut (termasuk di Semenanjung daripada MADA/KADA/IADA). Melalui Jawatankuasa yang dibentuk di peringkat Negeri, LPP akan menyenaraikan permohonan, sokongan dan perakuan dan memanjangkan ke LPP Ibupejabat untuk pertimbangan dan kelulusan. Format seperti di Lampiran 2.
  • LPP Ibupejabat akan meluluskan peruntukan ke LPP Negeri/Jabatan Pertanian Sarawak.
  • LPP Negeri (dengan kerjasama MADA/ KADA/ IADA/ Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak) akan melaksanakan sebutharga/ belian terus bagi perolehan bekalan barang yang dipohon oleh peladang/ahli PP, projek kelompok / kumpulan peladang /Mini Estet dan memaklumkan kepada PPK berkenaan.
  • PPK akan mengeluarkan surat tawaran dan perakuan /syarat-syarat yang ditetapkan kepada peladang/ahli Peladang, projek kelompok, kumpulan peladang dan mini estet PPK dan perakuan mematuhi syarat tawaran dan membuat kutipan kepada baki harga jentera (sumbangan peserta) dan diserahkan kepada LPP Negeri/Jabatan Pertanian Sarawak/Agensi Perlaksana. Jentera dan peralatan tersebut diserahkan kepada peladang/ahli peladang setelah segala proses tersebut selesai.
  • PPK memantau kemajuan jentera dan peralatan yang di
  • bekalkan setiap 6 bulan sekali seperti format di Lampiran 3
  • Carta aliran bagi modus operandi Skim Pemilikan Jentera Dan Peralatan Kecil Peladang adalah seperti di Lampiran 4.

5.0 PENUTUP


Peraturan ini berkuatkuasa pada tarikh perlaksanaan yang di tetapkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Disediakan oleh :
Bahagian Industri Asas Tani
Lembaga Pertubuhan Peladang
Mei 2008
C:\\garis panduan dan kaedah pelaksanaan ekim pemilikan jaminan makanan.doc



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy