Menghadapi EMOSI Yang " DOWN "

Kunci untuk kita kuat menghadapi sikap kurang semangat, emosi yang down atau apa saja yang berkaitan, adalah dengan membina kekuatan emosi di fikiran kita. We must be strong. We have to be strong ! Paksa diri kita untuk jadi kuat. Tegaslah pada diri sendiri.

Semarakkan semangat. Beri peringatan pada diri supaya sabar menghadapi apa jua cabaran, permasalahan atau konflik. Bila kita dah ingatkan diri sendiri supaya bersabar, serta merta kita akan kuat mendepani apa jua yang melanda.

Sabar adalah satu-satunya cara untuk membuat kita kekal dalam emosi positif dan logik akal. Jika kita sudah tidak sabar, maknanya kita mungkin akan membuat sesuatu diluar pertimbangan atau terdorong bertindak mengikut emosi negatif.

Kekadang, sampai ke satu tahap, akan mungkin akan menyesal selama-lamanya kerana bertindak mengikut hasutan emosi, terutama rasa marah, kecewa, dipermainkan atau dendam.

Jika kita tertekan kerana orang lain dengki dengan kita atau tak suka kita, usah cepat membalas perbuatan mereka. Jangan balas. Jangan ikut perangai macam mereka.

Biasanya orang sebegitu suka cakap apa saja percakapan untuk menaikkan rasa marah kita. Itu yang dia mahukan. Dia buat begitu supaya kita jatuh ke perangkapnya.

Bila kita sudah marah, dia akan mudah membuat kita bertindak bodoh atau membuat keputusan melulu. Pada tahap ini kita tak akan fikir baik buruk tindakan kita, yang kita fikir hanya nak membalas dendam dan melepas rasa geram saja.

Bila semua dah berakhir, kita yang akan susah sendiri.

Ketika itu, tiada siapa sanggup tolong kita (tolong tengok saja). Biarlah kita yang kuasai emosi, bukan emosi yang menguasai kita.

Untuk nak menghadapi emosi down atau ketika kita sedang murung, alih perhatian fikiran kita pada perkara lain, benda lain, situasi lain atau orang-orang lain. Jangan ingat perkara tadi walaupun sedikit.

Tukarkan ‘down’ kita itu kepada sesuatu yang baik. Turn it into something good!
Caranya, gali hikmah yang tersirat disebalik semua itu, apa yang hebatnya tentang masalah itu dan bagaimana untuk kita menyelesaikannya.

Mungkin, dari " emosi down " itu, kita terjumpa sesuatu yang boleh membuat kita bersemangat semula!

Jika orang lain ditempat kita, dia akan bekerja serajin yang mungkin untuk membuktikan dia ada potensi untuk mencapai tahap lebih hebat dari orang yang cuba menjatuhkan dia!

Set matlamat, kemudian " go on " berusaha ke arah mengejar matlamat.

Usah fokus perhatian kita pada orang yang menyakitkan hati, tapi fokuslah pada matlamat sendiri kerana kita akan menemui kekuatan sepanjang proses menuju matlamat itu. Usah sesakkan fikiran kita dengan hanya memikir sikap, perbuatan dan layanan orang lain terhadap kita.

Hidup akan jadi lebih bermakna, bila kita fokus untuk memajukan diri sendiri, semaju yang mungkin, seboleh yang mungkin ke tahap lebih tinggi.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

" MASALAH " " BERSYUKUR " " BAHAGIA "

" Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah. "

Masalah sifatnya sementara. Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita.

Masalah tetap ada dan ia akan datang tanpa diundang

Adakah itu kebetulan? .. Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah kita mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada kita.
Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.

Sama ada kita tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada kita. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan kita yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran kita. Mungkin, kita suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Kita memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran kita menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup kita.

Seberat manapun masalah kita, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup kita. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

“Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Oleh kerana ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa, maka syukurilah kehidupan yang sedia ada.” Kunci kepada penambahan nikmat ada bersyukur. Semakin banyak kita bersyukur, semakian banyak nikmat ditambahkan dalam hidup kita. Rasa bersemangat, rasa bahagia adalah salah satu nikmat.

Untuk membuat kita makin jadi bersemangat, makin jadi bahagia, rajin-rajinkan diri mengucap syukur. Bukan syukur yang dibuat-buat semata-mata nak ditambahkan nikmat, tapi syukur yang benar-benar lahir dari hati dek rasa terharu. Syukur sebab boleh hidup sampai ke hari ni dan syukur sebab diberi peluang untuk menikmati diri.

Kalau kita seorang pelajar, rasa bersyukur sebenarnya boleh membuahkan semangat nak belajar. Panjatkanlah rasa bersyukur kerana kita diberi peluang masuk ke universiti dan kita diberi peluang untuk menjadikan masa depan kita bersinar lebih cerah. Kemudian, panjatkanlah rasa syukur kerana dengan memasuki universiti, kita sudah boleh membalas jasa ibubapa kita yang bersusah payah membesarkan kita. Jadikan mereka bangga dengan kita !, bagitu jugalah sekiranya kita seorang pekerja

Rasa bahagia membuat kita amat bermotivasi. Kita jadi bersemangat dengan rajin sekali. Rasa bahagia yang kekal, datangnya terus dari hati tanpa dipaksa-paksa.

Biarlah kita bahagia ikut cara kita sendiri, bukan ikut cara orang. Jika bersederhana membuat kita bahagia, maka bersederhanalah, pedulikan cara orang lain kerana tak semestinya cara orang lain sesuai buat kita. Ini hidup kita, jadi biarlah kita menentukannya.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Motivasi 1



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Alam Rahim



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kenapa Tidak Kita Mulakan Dari Diri Kita ?

Kenapa Tidak Kita Mulakan Dari Diri Kita?

Masyarakat kita sekarang ni asyik sibuk kutuk orang ini dan kutuk orang itu. Kenapa tidak masing-masing saling memperbaiki diri sendiri dulu? Yang jiran saling mengumpat sesama jiran. Yang rakyat saling mengkritik dan tidak puas hati kepada pemimpinnya. Tapi, ramai pula yang berebut nak jadi pemimpin dan nak angkat pemimpin masing-masing. Tidak tahu ke betapa besarnya beban yang bakal dipikul? Pemimpin yang ada pun tidak mampu kita senangi, kita sudah sibuk nak angkat yang lain...

Tak sedar ke yang diri sendiri tu pun jauh dari agama dan banyak sangat yang tidak betulnya. Kenapa tidak kita melihat diri kita dulu? Kenapa tidak kita perbetulkan diri kita dahulu. Carilah titik persefahaman tu bermula dari diri sendiri dulu. Jangan asyik tuding jari ke arah orang lain saja. Dalam tidak sedar, kita pun turut membiarkan diri kita jahil sendiri.

Kalau cakap agama untuk mengkritik jadi nombor satu. Tapi bila disoal balik, sudah faham ke 30 juzuk Quran tu? Kitab tafsir mana yang pernah kita fahami? Sudah pernah belek ke kitab imam Bukhari dan Muslim? Masa tu lah baru tahu nak belajar menganga... Sendiri pun masih jahil, jangan sibuk nak salahkan orang lain. Orang lain pun lebih kurang sama macam kita. Sama-sama banyak yang tidak tahu. Jangan jadi umpama ayam sama itik bertelagah tidak ketahuan asal...

Mulakanlah mengkaji dan mempelajari. Banyak sangat sebenarnya yang kita tidak tahu, tapi kita ni kebanyakannya perasan macam banyak tahu. Bila dah banyak tahu dan tidak senang dengan orang, itu yang semua dari orang lain asyik nampak macam tak betul saja...

Kebanyakan kecelaruan yang timbul adalah sebenarnya bemula dari diri kita sendiri. Sebab perasan banyak sangat tahu dan menganggap orang lain tidak tahu macam yang kita tahu. Bila masing-masing perasan tahu, memang susah lah jadinya. Masing-masing nak ada di atas. Nak semua orang ikut cakap kita. Akhirnya, bertengkar tidak habis-habis. Masing-masing sebenarnya bodoh, tapi tidak reti untuk muhasabah...

Tapi, bagi orang yang memang betul-betul tahu... Dia lebih suka duduk diam, tunggu dan lihat. Bertindak dengan pengetahuan yang sebenar. Segala cadangan dan tindakan yang bakal diambil dikaji dan dianalisa dengan teliti terlebih dahulu. Segala fakta dan bukti, diselidiki satu demi satu. Segala kajian memiliki sumber dan fakta yang betul. Kesannya difahami dan dikenal pasti terlebih dahulu. Akhirnya, tindakan berlangsung dengan penuh kemantapan, kecekapan dan hujjah.

Bukan main lepas cakap, buat hentam keromo, dan kesannya sering menyusahkan orang lain... Akhirnya diri sendiri juga yang pening.

Fahamilah bahawa sebuah masyarakat yang baik itu terbina dari perkumpulan banyak individu. Seseorang individu memainkan fungsi yang sangat utama dalam sesebuah kelompok keluarga. Gabungan banyak buah keluarga akhirnya membina sebuah komuniti dan seterusnya sebuah masyarakat. Kelompok masyarakat akhirnya membina sebuah negara dan kesatuan yang lebih besar. Oleh itu, periksalah diri kita yang merupakan seorang individu yang mengisi sebuah masyarakat. Kerana, sebuah masyarakat itu baik buruknya bermula dari diri kita dan keluarga kita...

Oleh itu, mulakanlah melihat diri. Tambahkan info dan input dengan fakta dan bukti. Jangan cepat melenting. Jadilah manusia yang mampu bertenang dan bersikap rasional dengan segala persediaan yang mencukupi. Jagalah diri, jagalah keluarga, hiasi peribadi dan perbaikilah masyarakat dengan sikap kita yang berakhlak, sabar, dan menawan.

Mulakanlah belajar agama dengan jujur...

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

OTAK " KANAN " & " KIRI "

OTAK - KANAN

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika KITA berjumpa dengan seorang yang pada pandangan KITA amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:

Imaginasi
Berfikir secara kreatif
Irama
Khayalan
Emosi
Ilham
Intuisi (gerak hati)
Warna
Muzik
Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.

Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.

Jadi, jika KITA menyedari apa bakat KITA dan apa kebolehan KITA, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

OTAK - KIRI

Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika KITA nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.

Antaranya seperti:

Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
Menyimpan data dan fakta
Menganalisis
Memahami logik, bahasa dan matematik

Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.

Untuk nak berjaya, KITA perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika KITA terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian KITA statik.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

" POWER " Berfikiran Positif

BERFIKIRAN POSITIF

Fikiran positif akan lebih power bila kita ada matlamat. Tak tahu apa dia matlamat? Errrr, sori, terguna perkataan formal pulak. Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.

Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak meaning(makna) dia, sesuatu yang kita mahu capai.
Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan.

Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada. Dalam sejarah, tak pernah ada.

Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita.
Fikiran ada kuasa tarikan.

Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan, apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positf, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.

Sebab itulah fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah macamanapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha.
Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif.

Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

Contoh paling dekat, tengok suasana bekerja. Orang berfikiran positif, kerjanya hebat, interesting. Kata-katanya berguna, ideanya berguna. Kesannya, pencapaian dia makin naik. Pangkat naik, performance kerja naik (gaji pun naik!).

Tapi sebaliknya orang yang negatif, kerjanya kurang hebat atau tak hebat. Asyik memonteng, curi tulang, datang lambat dan pula suka cari pasal sambil naik berbuih mulut bos mengkhutbahkan dia. Ada tak orang macanini? Ada.

Jadi, mana satu yang cemerlang? Tentulah orang berfikiran positif. Nak jadi pekerja cemerlang di tempat kerja atau di dalam organisasi kita, fikiran mesti dibentuk jadi positif.
Kita boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik.

Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar
untuk menjadi hak milik kita.

Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pagi itu kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua OK saja, hebat hasilnya.

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja happy saja, turun pergi kerja pun bersemangat, rasa seronok bekerja. Jika setiap hari lah macam ini, maka tak mustahil kita boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan kita ini adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalau nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif kerja dia memusnahkan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Al-Quran & Tafsir





Al-Quran Dan Tafsirnya
Sila Klip
: Al-Quran


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy