25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif

25 Tabiat Melambangkan Sikap Suka Berfikiran Negatif
“Kita mudah menjadi negatif, jika kita hampir dengan apa saja yang berbentuk negatif”.

Kita memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga kita.
6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia tak berguna bagi kita.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi kita kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain respek kita, tapi sukar untuk kita respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan kita.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.
17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan macan mana rupa fikiran, ( Hukum minda menyatakan : apa yang diterjemahkan difikiran kita, itulah hasilnya yang terbentuk ) positif ke, ke negatif. Kita boleh mengenali pemikiran negatif jika kita terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.

Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk kita check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada kita, itu tandanya kita kena berubah kalau kita nak ada kemajuan dalam hidup.

Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata kita sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram... betul tak?

Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik, sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kegagalan Kelmarin BUKAN Pengukur Kejayaan Hari Ini Dan Hari Esok

Kegagalan Kelmarin BUKAN Pengukur Kejayaan Hari Ini Dan Hari Esok

Ramai pelajar menjadikan kegagalan masa lalu sebagai pengukur kepada usaha untuk membina kejayaan pada hari ini dan hari esok.
Kenapa mesti begitu?


Kenapa mesti kejam pada diri sendiri? Kenapa mesti menyamakan masa lalu dengan masa sekarang, sedangkan pada hakikatnya ia 2 ruang masa yang cukup berbeza?

Jika kita seorang pelajar dan kita pernah gagal satu subjek pada peperiksaan lalu, terimalah hakikat yang perkara itu berlaku di masa lalu, semester lalu atau beberapa bulan yang lalu. Jangan jadikan sebagai faktor untuk kita tidak berusaha belajar bersungguh-sungguh supaya lulus di hari ini, pada masa ini supaya esok-esok bila habis belajar, senang hati.

Buat apa nak ingat perkara yang sudah berlalu? Sebab apa dan untuk apa? Apa faedahnya? Mengapa terlalu banyak fikirkan masa lalu, bukan fikir masa depan sedangkan masa lalu sudah tidak boleh kita ubah lagi?

Buat apa tak bersemangat hanya sebab pernah gagal subjek itu di masa lalu? kita menyusahkan diri sendiri.

Maknanya, sendiri cari susah, sendiri merasa payah. Tak ada sesiapa pun suruh kita buat macam itu.

Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala.

Dalam hidup, Anda dan saya sentiasa ada 2 pilihan. Ia tetap akan ada 2. Apa jua jenis keputusan yang kita akan buat, tetap kena pilih 1 keputusan di antara 2 pilihan.

Saya andaikan jika kita menyamakan masa lalu dengan masa ini, kita memilih untuk gagal. kita memilih untuk tidak berjaya.

Kita memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.

Jadi, sebab itulah orang lain tidak membantu Anda.

Fokus orang lain hanya untuk membantu orang yang memilih untuk berjaya, mahu membina kecemerlangan untuk membentuk kejayaan. Mana-mana pelajar memilih untuk untuk nak bahagia, nak gembira, nak skor walaupun pernah gagal, orang lain ada disitu sebagai pendorong.

Untuk memaksa orang lain membantu kita, ubahlah keputusan kita. Pilih untuk melupakan masa lalu seolah-olah ia tidak wujud lagi. kita merasa selesa dengan hari ini, sebab masa lalu kita sudah berlalu pergi begitu saja, bagaikan tiada apa-apa pernah berlaku.

Kebahagiaan akan muncul bila kita memilih untuk berusaha menjadi orang berjaya - pelajar berjaya, pekerja berjaya, usahawan berjaya atau suri rumah berjaya.

Bila berjaya, bahagia akan ada lalu disitu muncul rasa gembira. Gembira ini yang kita mahu supaya ia menjadi booster untuk kita semakin rajin berusaha. Menerima hakikat, maksudnya kita menerima ketetapan yang masa lalu kita menjadi tidak sama dengan masa sekarang dan masa depan.

Macam baca buku setebal 30 muka surat. 10 muka surat yang sudah kita baca, tak akan sama ceritanya dengan 10 muka surat yang kita baca sekarang ini dan 10 muka surat yang belum kita baca lagi. Buat apa menyamakan cerita yang ada dalam 10 muka surat tadi dengan 10 muka surat yang dibaca sekarang? Untuk apa dan sebab apa? tak syok macam itu .....

Mana sama ceritanya. Ia akan membuat kita keliru. Oleh sebab keliru, kita hilang semangat nak membaca.

Begitu juga dengan hidup ini. Dah gagal di masa lalu, tak semestinya itu sebab utama kita malas berusaha. Jika kita ada perangai macam itu, boleh diumpamakan dengan sikap malas atau berat hati nak mengusahakan sesuatu.

Jangan pernah samakan masa lalu dengan masa sekarang. Bila kita asyik menyamakan masa lalu dengan masa sekarang, kita akan malas berusaha, bagaikan tidak ada sebab untuk lita rajin berusaha mengulangkaji pelajaran.

Jadikan kegagalan kemarin untuk kita berusaha sungguh2.. belajar daripada kegagalan supaya kita tidak gagal lagi di kemudian hari kan.. kegagalan mengajar kita erti sebuah kejayaan,jangan cepat putus asa.. fikir positif la sikit ......


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rajin Buat Sesuatu Yang Baik

Rajin Buat Sesuatu Yang Baik

Buatlah sesuatu yang baik kerana ia akan dikenang orang sampai bila-bila.
Tak kisahlah dia nak balas ke tak nak balas, janji kita buat baik saja.Nak lebih extra, fikir baik-baik pada semua orang, walau siapapun dia, walau di mana jua kita berada. Kita tak akan rugi apa-apa atau kehilangan apa-apa. Bahkan, orang sekeliling akan mula menghormati kita kerana tanggapan kita baik-baik belaka.


Orang yang selalu buat sesuatu yang baik, dia sentiasa gembira. Ini bukan magic, bukan cerita rekaan tapi cerita sebenar diakui dari kehidupan sebenar.

Kita akan selalu buat baik supaya kita sentiasa gembira berpanjangan. Lagi banyak kita buat baik, lagi banyak rasa gembira kita dapat.

Bila kita sentiasa gembira, anak-anak kita hormatkan kita, jiran-jiran respek dengan kita, sesiapapun suka dengan kita, bangga bila sebut nama kita. Bila kita sentiasa gembira, rezekinya murah dan kita senang nak dapat apa yang kita nak. Kesan untuk jangka masa panjang, kita boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Jika kita nak berjaya sekarang ini, misalnya nak jadi student yang berjaya, pekerja yang berjaya atau usahawan yang berjaya, ubah sikap serta merta. Kena selalu buat baik.

Kalau dulu jarang buat baik, kali ini rajin-rajinlah buat baik. Bila kita menerima ucapan terima kasih, entah macan mana hati kita ini happy semacam. Kita suka dengar bila ada orang ucap terima kasih. Bila dah happy, kita akan jadi bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi semangat belajar, bekerja atau berniaga.

Buat baik, sesuaikan dengan situasi. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Kita nak buat baik, kekadang dia orang pergunakan kebaikan kita untuk kepentingan dia orang. Kena hati-hati, kena bijak menafsir suasana.

Buatlah sesuatu yang baik berpada-pada, biar sikit-sikit tapi konsisten berterusan !

macan mana kita nak berbuat baik jika orang di sekeliling kita menganggap apa yang kita buat hanya untuk mnunjuk-nunjuk ????
jangan difikirkan sangat apa yang orang akan cakap pasal kita. Setiap orang ada tafsiran sendiri terhadap apa yang kita lakukan. Percayalah, dari pengalaman saya kita buat baik ke, buat jahat ke, buat-buat baik ke, tak buat apa-apa ke, orang akan tetap mengata punya… orang tetap akan anggap kita menunjuk-nunjuk, walaupun kita tak berniat macam itu.

Jadi beginilah, rajinkan diri buat baik semata-mata mahu mengharap balasan pahala daripada Allah swt. Selepas itu, bila sudah banyak pahala , ada peluang untuk hidup kita dilimpahi kerahmatan dan aliran nikmat yang tak disangka-sangka. Seterusnya, sudah pasti hidup kita tenang, gembira dan ceria - seperti yang sekarang ini dicari-cari oleh ramai orang. Ramai orang mahukan hidup bahagia, ceria dan tenang, tapi terperangkap sebab mereka asyik memikirkan apa yang orang cakap pasal mereka. Hidup mereka adalah berdasarkan cakapan orang, bukan berdasarkan kemahuan diri sendiri.

Jangan fikiran apa yang orang katakan pada kita, tapi fikirkanlah apa yang kita boleh sumbangkan sesuatu yang baik untuk setiap orang, setiap masa, sepanjang masa sampai bila-bila.

Niat dalam hati, untuk buat sesuatu yang baik sahaja sudah ada point pahala dan berusaha untuk melakukannya, bertambah point tu… apa lagi, orang yang hitam hati sahaja tak terfikir benda-benda nie…

Betapa satu2 hal yang sering kita lupa ialah melakukan sesuatu perbuatan ataupun perkerjaan itu Ikhlas kerana ALLAH SWT, kerana bila kita IKHLAS segala persepsi orang kita tak pandang, yang penting keIKHLASan itu… mana kala bila telah selesai melakukan sesuatu yang tinggal adalah berserah/bertawakkal dan redha atas apa jua hasilnya.. kerana tanpa pemulaan dan akhiran sebegitu apa saja yang kita lakukan akan dinilai hanya dalam persepsi yang pelbagai yang langsung tidak membawa keberkatan daripada ALLAH SWT.. so segala ganjaran baik dari segi material mahupun emosional itu akan kita dapatkan secara tidak langsung TETAPI tidak sama sekali membelakangi rasa IKHLAS ketika melalukan perkerjaan dan selesai sesuatu perkerjaan itu....



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy