" MASALAH " " BERSYUKUR " " BAHAGIA "

" Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah. "

Masalah sifatnya sementara. Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita.

Masalah tetap ada dan ia akan datang tanpa diundang

Adakah itu kebetulan? .. Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah kita mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada kita.
Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.

Sama ada kita tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada kita. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan kita yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran kita. Mungkin, kita suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Kita memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran kita menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup kita.

Seberat manapun masalah kita, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup kita. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

“Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Oleh kerana ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa, maka syukurilah kehidupan yang sedia ada.” Kunci kepada penambahan nikmat ada bersyukur. Semakin banyak kita bersyukur, semakian banyak nikmat ditambahkan dalam hidup kita. Rasa bersemangat, rasa bahagia adalah salah satu nikmat.

Untuk membuat kita makin jadi bersemangat, makin jadi bahagia, rajin-rajinkan diri mengucap syukur. Bukan syukur yang dibuat-buat semata-mata nak ditambahkan nikmat, tapi syukur yang benar-benar lahir dari hati dek rasa terharu. Syukur sebab boleh hidup sampai ke hari ni dan syukur sebab diberi peluang untuk menikmati diri.

Kalau kita seorang pelajar, rasa bersyukur sebenarnya boleh membuahkan semangat nak belajar. Panjatkanlah rasa bersyukur kerana kita diberi peluang masuk ke universiti dan kita diberi peluang untuk menjadikan masa depan kita bersinar lebih cerah. Kemudian, panjatkanlah rasa syukur kerana dengan memasuki universiti, kita sudah boleh membalas jasa ibubapa kita yang bersusah payah membesarkan kita. Jadikan mereka bangga dengan kita !, bagitu jugalah sekiranya kita seorang pekerja

Rasa bahagia membuat kita amat bermotivasi. Kita jadi bersemangat dengan rajin sekali. Rasa bahagia yang kekal, datangnya terus dari hati tanpa dipaksa-paksa.

Biarlah kita bahagia ikut cara kita sendiri, bukan ikut cara orang. Jika bersederhana membuat kita bahagia, maka bersederhanalah, pedulikan cara orang lain kerana tak semestinya cara orang lain sesuai buat kita. Ini hidup kita, jadi biarlah kita menentukannya.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy