" POWER " Berfikiran Positif

BERFIKIRAN POSITIF

Fikiran positif akan lebih power bila kita ada matlamat. Tak tahu apa dia matlamat? Errrr, sori, terguna perkataan formal pulak. Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.

Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak meaning(makna) dia, sesuatu yang kita mahu capai.
Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan.

Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada. Dalam sejarah, tak pernah ada.

Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita.
Fikiran ada kuasa tarikan.

Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan, apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positf, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.

Sebab itulah fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah macamanapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha.
Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif.

Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

Contoh paling dekat, tengok suasana bekerja. Orang berfikiran positif, kerjanya hebat, interesting. Kata-katanya berguna, ideanya berguna. Kesannya, pencapaian dia makin naik. Pangkat naik, performance kerja naik (gaji pun naik!).

Tapi sebaliknya orang yang negatif, kerjanya kurang hebat atau tak hebat. Asyik memonteng, curi tulang, datang lambat dan pula suka cari pasal sambil naik berbuih mulut bos mengkhutbahkan dia. Ada tak orang macanini? Ada.

Jadi, mana satu yang cemerlang? Tentulah orang berfikiran positif. Nak jadi pekerja cemerlang di tempat kerja atau di dalam organisasi kita, fikiran mesti dibentuk jadi positif.
Kita boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik.

Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar
untuk menjadi hak milik kita.

Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pagi itu kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua OK saja, hebat hasilnya.

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja happy saja, turun pergi kerja pun bersemangat, rasa seronok bekerja. Jika setiap hari lah macam ini, maka tak mustahil kita boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan kita ini adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalau nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif kerja dia memusnahkan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy