GP Skim Insentif Bajak




MANUAL PERLAKSANAAN
INSENTIF PEMBAJAKAN KEPADA PESAWAH-PESAWAH

1.0 PENGENALAN

Manual Pelaksanaan Insentif Pembajakan kepada pesawah-pesawah ini merupakan panduan kepada pihak pengurusan dalam merancang, melaksana, memantau dan mengesan pelaksanaan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah¬Pesawah.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan, RMKe9 (2006 - 2010), Kerajaan telah menetapkan sasaran pengeluaran padi negara untuk mencapai 90% tahap sara diri (SSL) beras dan meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah melalui aktiviti pesawahan mereka. Walau bagaimanapun, kenaikan kos pengeluaran di antara 37% - 46% semusim akibat kenaikan harga baja, racun perosak, diesel, peralatan dan sebagainya telah menyebabkan pendapatan bersih pesawah merosot sebanyak 20% - 40% dan ini dijangka akan memberi impak kepada pencapaian matlamat Kerajaan ini.

2.2 Bagi mengurangkan bebanan kos yang sedang ditanggung oleh pesawah, Kerajaan telah memperkenalkan insentif pengeluaran padi yang berkuatkuasa musim menanam bermula 1 Mac 2007 yang terdiri daripada bantuan upah membajak pada kadar RM100.00 sehektar semusim dan bantuan input pertanian maksimum RM140.00 sehektar semusim.

3.0 TUJUAN

3.1 Tujuan pemberian insentif ini adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah terutama akibat daripada kenaikan kos diesel dan seterusnya kos membajak.

4.0 TUGAS-TUGAS DAN PERANAN JABATAN/AGENSI SERTA MEREKA YANG TE RLIBAT

4.1 Bagi mencapai matlamat insentif ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dan Jabatan serta Agensi akan memainkan peranan seperti berikut :

A. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

i. Membuat dasar dan perancangan keseluruhan pelaksanaan insentif.

ii. Menimbang dan meluluskan keperluan peruntukan tahunan.

iii. Menyelaras semua aktiviti jabatan/agensi yang terlibat dalam pelaksanaan insentif.

B. Jabatan/Agensi (LPP, MADA, KADA, Jabatan Pertanian Sarawak)

i. Menyelaras, mendaftar, mengawal dan menyelia pelaksanaan Insentif Pembajakan kepada pesawah.

ii. Mendaftar pemilik-pemilik jentera di bawah Insentif Pembajakan Kepada Pesawah-Pesawah.

iii. Memastikan insentif pembajakan ini dilaksanakan dengan sempurna tanpa kebocoran.

iv. Mengenalpasti pusat (PPK) yang bersesuaian untuk menyelaras aktiviti pembajakan kepada pesawah.

v. Memantau perkhidmatan pembajakan yang disalurkan mengikut negeri, zon atau kawasan.

vi. Membuat tuntutan peruntukan kepada MoA.

vii. Menyemak dan mengesah bil tuntutan Insentif Pembajakan kepada pesawah oleh pemilik jentera melalui PPK.

vii. Menyediakan laporan pelaksanaan I nsentif Pembajakan kepada pesawah-pesawah kepada MoA.

C. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan memainkan peranan sebagai agen pelaksana dan penyelaras. Tugas-tugas yang akan dimainkan oleh PPK adalah :

i. Membuat dan mengemaskini pendaftaran lot dan pesawah bagi setiap musim bagi kelayakan menerima insentif ini. (Borang SBPKP/IPKP/IIP(1) seperti di lampiran).

ii. PPK sebagai wakil LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak mendaftar semua pemilik jentera yang ingin memberi perkhidmatan dalam kawasan pengendaliannya.

iii. Memastikan hanya lot dan pesawah yang berdaftar sahaja menerima insentif pembajakan ini.

iv. Memperakukan keperluan sebenar perkhidmatan yang diperlukan oleh para pesawah mengikut musim/pusingan kerja.

v. Merekod dan menyelenggara pesanan perkhidmatan oleh pesawah-pesawah/peng usaha.

vi. Menyemak tuntutan yang di terima daripada Pemilik

Jentera di Borang IPKP-3/Kupon BKIP KADA dari segi :

(a) Keluasan lot tanah berdaftar dan dibajak;
(b) Pendaftaran Pemilik Jentera; dan
(c) Pengesahan kerja oleh Pesawah/ Pengusaha sawah dan pengesahan kawasan oleh PPK/Jabatan Pertanian.

vii. Mengesahkan bahawa lot-lot tanah di sesuatu kawasan (Unit Peladang/Kampong/Blok) telah menjalankan kerja kerja pembajakan secara umum dan membuat pemeriksaan sekiranya ada pertikaian.

viii. Mengumpul dan mengemukakan senarai tuntutan bayaran oleh pemilik jentera dan dikemukakan kepada LPP Negeri/ KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak.
ix. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan insentif setiap musim.

D. Pesawah

Pesawah merupakan sasaran penerima manfaat daripada insentif ini. Bagi membolehkan mereka memperolehinya pesawah¬pesawah perlu memainkan peranannya seperti berikut :

i. Mendaftar dengan PPK dengan mengisi SBPKP/IPKP/IIP(1) bagi melayakkan mereka mendapat manfaat dari insentif ini.

ii. Pesawah-pesawah dikehendaki mengemaski ni pendaftaran sekiranya berlaku perubahan keluasan tanah sawah yang diusahakan.

iii. Pesawah mestilah mendapatkan khidmat pembajakan dari pemilik-pemilik jentera pembajak yang berdaftar dengan LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak.

iv. Mengesahkan perkhidmatan yang telah dilakukan oleh pemilik jentera bagi membolehkan pemilik jentera pembajak membuat tuntutan pada Bahagian D - Dokumen IPKP-3/Kupon BKIP KADA.

v. Membuat pembayaran (selepas ditolak bantuan insentif) kepada pemilik-pemilik jentera pembajak.

vi. Menanam sawah yang telah dibajak.

E. Pemilik-Pemilik Jentera Pembajak

Pemilik traktor dua roda atau empat roda adalah pihak yang akan menjalankan kerja-kerja pembajakan yang telah dipilih oleh pesawah. Pemilik-pemilik jentera pembajak boleh terdiri dari pihak-pihak seperti berikut :

a. PPN Jentera;
b. PPK yang mempunyai jentera pembajak sendiri;
c. Syarikat atau pihak swasta;
d. Peladang/pesawah yang memiliki jentera pembajak; dan
e. Jabatan/Agensi yang mempunyai jentera pembajak yang
memberi perkhidmatan.

Di antara tugas-tugas pemilik-pemilik jentera pembajak adalah seperti berikut :

i. Mendaftar jentera yang dimiliki yang akan memberi perkhidmatan dengan LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak melalui mana-mana PPK menggunakan Borang IPKP-2/Kupon BKIP KADA dan boleh berkhidmat di mana¬mana kawasan.

ii. Membajak sawah pesawah yang memerlukan perkhidmatan mereka.

iii. Membuat tuntutan insentif ini melalui PPK dalam lingkungan kawasan perkhidmatannya pada kadar RM 100/he ktar.

iv. Membuat tuntutan baki bayaran upah pembajakan (setelah ditolak bantuan insentif) dari pesawah-pesawah secara langsung.

5.0 KRITERIA PEMBERIAN

5.1 Pemberian bantuan upah pembajakan melalui insentif pembajakan kepada pesawah ini meliputi semua kawasan padi termasuk kawasan semusim dan dua musim.

5.2 Pemberian insentif pembajakan ini akan diberi kepada pesawah dalam bentuk bantuan upah membajak bernilai maksimum RM100.00 sehektar semusim. Walau bagaimanapun bayaran ini dibuat kepada pemilik-pemilik jentera.

5.3 Insentif diberikan kepada pesawah yang mengusahakan sawah (tanaman padi) sama ada di atas tanah sendiri, disewa atau dipajak atau lain-lain yang mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

5.4 Pesawah mesti mendapatkan khidmat pembajakan dari pemilik-pemilik jentera pembajak yang berdaftar dengan LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak.

5.5 Pesawah perlu mendaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan dan memenuhi syarat berikut :

i. Warga negara Malaysia; dan
ii. Pesawah yang berdaftar dengan LPP, KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak.

6.0 MODUS OPERANDI INSENTIF PEMBAJAKAN KEPADA PESAWAH-PESAWAH

6.1 Pendaftaran Pesawah dan Pemilik-pemilik Jentera Pembajak

i. Pendaftaran Pesawah yang layak menerima insentif pembajakan Hanya pesawah/pengusaha dan lot tanah yang berdaftar, layak menerima manafaat daripada insentif ini. Mereka hendaklah mendaftar menggunakan borang SBPKP/IPKP/IIP(1) dan perlu mengemaskini pendaftaran setiap musim.

ii. Pendaftaran Pemilik-pemilik Jentera Pembajak

Hanya pemilik-pemilik jentera pembajak yang berdaftar dengan LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak sahaja layak memberi perkhidmatan. Pendaftaran menggunakan Borang IPKP¬2 seperti `Panduan Mendaftar Pemilik Jentera Insentif Pembajakan Kepada Pesawah’. Pemilik Jentera hanya perlu mendaftar hanya sekali sahaja di LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak.

6.2 Permohonan, Penerimaan Perkhidmatan Oleh Pesawah dan Penyediaan Perkhidmatan Oleh Pemilik Jentera Pembajak

i. Pesawah/Pengusaha sawah boleh mendapatkan borang permohonan I nsentif Pembajakan Kepada Pesawah-pesawah (IPKP-3/Kupon BKIP KADA di PPK berhampiran dengan mengemukakan nombor pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1) berserta salinan kad pengenalan.

ii. Pesawah (Jika perlu di bantu oleh PPK) perlu mengisi borang IPKP3/ Kupon BKIP KADA (Bahagian A dan B ) dengan lengkap dan serahkan kepada PPK.

iii. PPK membuat semakan dan mengisi bahagian C IPKP-3/KUPON BKIP KADA dengan lengkap. Borang IPKP-3/KUPON BKIP KADA yang telah disemak berdasarkan pendaftaran yang telah diluluskan dan disokong perlu diserah kepada pesawah untuk diserahkan kepada pemilik jentera pembajak yang akan membajak sawah mereka.

iv. Pemilik-pemilik jentera pembajak yang menerima borang IPKP-3/KUPON BKIP KADA, boleh memberi perkhidmatan mereka (membajak sawah). Pesawah akan mengesahkan perkhidmatan

yang telah diberikan oleh pemilik-pemilik jentera dengan mengisi bahagian D pada IPKP-3/KUPON BKIP KADA dan menyerah kepada pemilik-pemilik jentera pembajak untuk membuat tuntutan.

6.3 Tuntutan Bayaran Pemilik-pemilik Jentera Pembajak kepada LPP Melalui PPK

i. Pemilik-pemilik jentera pembajak boleh membuat tuntutan pembayaran kerja dengan mengisi borang IPKP-4/Kupon BKIP KADA yang dilampirkan bersama-sama IPKP-3/Kupon BKIP KADA dan dihantar ke PPK.

ii. PPK akan menyemak dan mengesahkan borang IPKP-3/KUPON BKIP KADA dan IPKP-4/Kupon BKIP KADA yang telah lengkap dan membuat senarai tuntutan pemilik-pemilik jentera pembajak dalam senarai IPKP-5/Kupon BKIP KADA dan dikemukakan kepada LPP Negeri/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak.

iii. LPP Negeri/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak akan memproses bayaran Insentif Pembajakan dan di bayar terus kepada Pemilik Jentera.

6.4 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan PPK Kepada

LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak

i) Tuntutan bayaran perkhidmatan dibuat oleh PPK kepada LPP Negeri/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak dengan mengemukakan bil tuntutan bersama IPKP-5/KUPON BKIP KADA
beserta tuntutan oleh pemilik-pemilik jentera pembajak bagi memudahkan proses bayaran dibuat.

ii) LPP Negeri/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak akan memproses tuntutan dan seterusnya membuat bayaran terus kepada PPK.

7.0 PENGUATKUASAAN (CADANGAN)

7.1 Penyalahgunaan Insentif Pembajakan ditakrifkan sebagai menuntut Insentif Pembajakan bagi kawasan yang tidak dibajak atau membuat tuntutan bertindih di atas lot tanah yang sama pada satu musim.

7.2 Tindakan yang boleh diambil oleh PPK apabila berlakunya penyalahgunaan I nsentif Pembajakan adalah dengan menggantung kelayakan menerima Insentif Pembajakan selama dua (2) musim berturut-turut setelah diperakukan atau digantung oleh Jawatankuasa Penapis.

8.0 KUATKUASA

Manual Perlaksanaan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah-Pesawah ini berkuatkuasa pada musim menanam 1 Mac 2007.


9.0 PENUTUP

Manual Perlaksanaan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah-Pesawah adalah merupakan garis panduan yang perlu diikuti. Kesesuaian mengikut masa dan keadaan setempat adalah perlu di buat semasa perlaksanaan. Ianya juga mempunyai ruang untuk dimantapkan agar pengurusan insentif ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan.

Disediakan oleh :
Bahagian Industri Asas Tani
Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur Oktober 2006

Pindaan Kedua :
Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Industri Asas Tani dan LPP Negeri Bil 2/2006 pada Disember 2006

Pindaan Ketiga :
Bengkel MoA di Equataria Hotel 26 Disember 2006

Pindaan Keempat :
Perjumpaan dengan Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 30 Januari 2007

Pindaan Kelima :
Perbincangan Insentif Pengeliaran Padi MoA pada 24. Jan 2007

Pindaan Keenam :
Mesyuarat Insentif Pengeluaran Padi di Lake Town, pada 5 Feb 2007

Cadangan Pindaan :
Bengkel Pemantapan IPKP pada 24 - 27 Febuari 2008 – IPP Langkawi
Cadangan Pindaan (Persembahan Bengkel) :

Bengkel Pemantapan IPKP pada 26 Februari 2008 – IPP Langkawi

Cadangan Pindaan :
Mesyuarat Manual Perlaksanaan SBPKP dan Insentif Pengeluaran Padi (Bantuan Input Pertanian dan Pembajakan) pada 24 Mac 2008.

Untuk mendapat maklumat dan lampiran-lampiran layari webside : http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5c3c9d3c-f385-4b20-8e72-3b31cc20b31b&groupId=10124


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy