SANG PENCIPTA

SANG PENCIPTA

Alangkah bagusnya jika semua orang tahu akan hakikat ini. Satu hakikat yang mudah diterima akal, satu hakikat yang sudah jelas terbukti dan tidak perlu dibuktikan lagi. Jika kita mampu membuktikan sesuatu kajian dan penemuan-penemuan hebat dengan berusaha sedaya upaya memerah otak berfikir mengapa tidak kita luangkan sedikit waktu merenung satu kewujudan yang telah jelas dan terbukti ??? Wahai saudara-saudaraku sedarlah. Jangan lah kau hancurkan hati seorang hamba yang kerdil ini.

Hati ini perit melihat orang-arang yang dikasihi terlupa akan fitrah dirinya tidak kenal penciptanya. Apa itu pencipta? Sesuatu yang wujud pasti ada penciptanya. Jika coklat yang kita makan mempunya kilang yang menghasilkannya sudah tentu yang lainnya pun ada pengeluarnya. Bagaimana pula dengan diri kita? Siapa sebenarnya yang menciptakan kita? Dari mana kita datang? Adakah kita juga dari kilang? Sekiranya kilang-kilang yang wujud dibangunkan oleh manusia mustahillah manusia dihasilkan di kilang yang dibina oleh mereka sendiri. Adakah manusia dijadikan oleh manusia yang lain di makmal-makmal uji kaji? Itu juga tidak pernah berlaku dan sehingga sekarangpun manusia tidak mampu mencipta manusia yang sehebat kita hari ini? Jadi jika bukan manusia, siapa kah yang mencipta kan kita yang dikatakan hebat ini? jika kita rasakan diri kita ini sudah hebat, yang mencipta kita sudah tentu lagi hebat.

Manusia yang paling hebat di dunia ini pun pasti ada yang menciptakannya. Jadi penciptanya itu pasti lebih hebat darinya, tetapi persoalannya siapakah pencipta yang paling hebat itu? Tidak mungkin orang-orang yang dikatakan hebat itu wujud sendirinya. Jika dilihat dia juga seperti kita, dikandung, dilahirkan ibu, dibesarkan, disekolahkan sehingga menjadi hebat. Jadi dari mana orang-orang yang hebat itu datang? Siapa yang lebih hebat mencipta dan mewujudkannya di dunia? Sudah tentu ada kuasa yang paling hebat. Siapa yang paling berkuasa itu? Raja? Raja sendiripun tidak mampu mencipta dan mewujudkan manusia sepertimana yang diwujudkan oleh sang pencipta yang maha agung. Betapa hebatnya sang pencipta itu mampu mencipta sesuatu yang sehingga sekarang tidak mampu dicipta oleh sesiapapun. Jadi sekarang siapa sebenarnya yang lebih hebat???

* Percayalah hidup KITA akan kosong dan tiada nilainya sekiranya KITA tidak mengenal penciptamu. Bagaimana manusia bisa hidup tanpa panduan?
* Sedangkan hidup kita dipenuhi ‘instruction’. Kemana sahaja kita pergi pasti kita terihat papan tanda yang menjadi penunjuk arah bagi kita menuju ke destinasi yang dituju dengan betul. Tanpa arahan atau panduan kita akan hilang arah tujuan dan mungkin tersilap atau tersesat. Begitulah juga dengan hidup kita ini sebagai makhluk yang dicipta oleh satu kuasa agung.
* Terfikirkah kita siapa yang selama ini memandu dan memimpin hidup kita?
* Kuasa manakah yang begitu hebat mengatur ‘instruction’ yang begitu detail dan sempurna untuk kita?
* Adakah hidup ini kita sendiri yang mengaturnya?
* Mampukah kita mengatur hidup kita sendiri?
* Jika ya, mampukah kita atur sendiri jangka hayat kita?
* Mungkin makanan yang dihasilkan boleh kita tentukan ‘expired date’ nya tetapi bagaimana pula dengan kita?
* Siapakah yang menentukan jangka hayat kita?
* Jika mampu mengatur hidup mengapa ada orang yang berjaya dan gagal?
* Mungkin kita akan sentiasa berjaya sekiranya mampu mengatur dan menentukannya. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berhempas pulas tetapi akhirnya ada yang menemui kegagalan. Adakah ia diatur dan ditentukan oleh manusia sendiri?
* Sudah tentu tidak kerana tidak ada manusia yang mahukan kegagalan. Mengapa tidak semua berjaya dalam hidup?
* Ini bermakna kita tidak mampu menentukan hidup. Jadi siapa sebenarnya yang menentukan semua itu?
* Sudah tentu ada suatu kuasa yang lebih berkuasa antara yang berkuasa yang mengatur, memimpin dan menetapkan hidup kita. Pasti ada yang paling bijaksana dalam mengatur semua ini. Dan pasti ada yang paling teliti dalam menentukan sesuatu. Fikirkanlah wahai saudara ku.

Wahai umat manusia yang dikasihi, kenalilah penciptamu, carilah Dia, kenalilah Dia, yakinilah kewujudanNya, banggakan Dia, kagumilah Dia dan pujilah Dia kerana kehebatanNya menciptamu yang tidak mampu dicipta oleh sesiapapun. Sesungguhnya sesuatu yang tak ternilai akan kau perolehi jika kau mengenal Penciptamu. Carilah Dia… Ana yakin tiada yang lebih kau kagumi selain Penciptamu jika kau mengenaliNya. Sedangkan mereka yang tidak mempunyai kuasa sepertiNya bisa engkau kagumi, mengapa tidak Dia, yang menciptakanmu dan mewujudkanmu. Sedarlah wahai manusia akan kewujudan Tuhanmu yang Maha Esa iaitu Allah swt. Banyak persoalan yang akan terjawab sekiranya kau mengenali Sang Pencipta. Kau pastikan tahu siapa dirimu sebenarnya. Kau juga pasti tahu tugas dan tanggungjawabmu di dunia ini. Akan timbul satu keyakinan yang akan meneguhkan pendirian mu. InsyaAllah. Terlalu banyak hikmah dan nikmat yang akan kau perolehi jika kau mengenaliNya. Selangkah kau cuba mendekatiNya seribu langkah Dia akan menghampirimu.

Antara bukti-bukti kewujudan satukuasa yang maha agung di dalam Al-Quran :

~Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa’at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).~(Al-Baqarah:225)

~Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (Ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.~ (Ali’ Imran:6)

~Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.~ (Ali’ Imran:18)

~”Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.~ (Ali’ Imran:27)

~Sesungguhnya ini ialah kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.~ (Ali’ Imran:62)

~Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (hari), lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang dengan meningiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula menciptakan) matahari dengan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.~ (Al-A’raf:54)

~Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): “Bukankah aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.~(Al-A’raf:172)

~Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?~(An-Nisa’:87)

~Katakanlah: Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang dia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): Marilah bersama-sama kami. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.~(Al-An’am:71)

~Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya.~ (Al-An’am:102)

~Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.~(At-Taubah:129)

~Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?~(Yunus:3)

~Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian dia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Dia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?~(Yunus:34)

~Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).~(Ar-Ra’d:2)

~Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.~(Ar-Ra’d:16)

~Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: Hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).~(An-Nahl:22)

~Dan Allah berfirman: Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.~(An-Nahl:51)

~Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.~(Al-Isra’:12)

~Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.~(Al-Kahf:14)

~Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul (lurus).~(Maryam:36)

~Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.~(Thaha:14)

~(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.~(Thaha:53)

~Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.~(Thaha:98)

~Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).~(Al-Anbia:33)

~Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dialah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)~(Al-Hajj:62)

~Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.~(Al-Mu’minun:116)

Subhanallah…terlalu banyak bukti-bukti tentang kewujudan satu kuasa yang maha agung…tak mampu nak dinyatakan kesemuanya sesungguhnya kita hanyalah hamba yang sangat kerdil dan terbatas segalanya…apapun FIKIR-FIKIR & RENUNGKANLAH…


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy