AKU & PERSOALANKU

AKU & PERSOALANKU
...................................................................................................................
Siapa aku?
Kenalkah aku akan diriku?
Tahukah aku siapa diriku sebenarnya?
Jika aku seorang hamba,
Kepada siapa harus ku perhambakan diri ini?
Dari manakah asal ku?
Siapakah pencipta ku?
Mustahil aku hidup tanpa pencipta,
Pasti ada satu kuasa yang maha agung,
Kuasa yang maha bijaksana,
Yang mampu mencipta satu ciptaan sempurna,
Ciptaan yang cukup indah,
Yang tiada tandingannya.
Tapi…
Kenalkah aku akan pencipta itu?
Bagaimanakah hubunganku dengan-Nya?
Bagaimana cara untuk aku dekati Nya?
Dekatkah aku dengan-Nya?
Takukah aku pada-Nya?
Terlaksanakah segala perintah-Nya?
Terhindarkah segala larangan-Nya?
Adakah sudah cukup pengabdianku kepada-Nya?
Sedalam mana cintaku pada-Nya?
Mampukah aku menyintai-Nya melebihi cintaku pada makhluk-Nya?
Sanggupkah aku korbankan diri demi-Nya?
Layakkah aku syahid di jalan-Nya?

Untuk apa aku hidup?
Adakah aku hidup untuk bersenang-lenang?
Adakah hidupku terlalu mewah?
Adakah aku hidup untuk menikmati segala nikmat dunia?
Adakah aku lalai dan hanyut dalam kemewahan?
Kemana halatuju hidupku?
Bermaknakah hidupku?
Bahagiakah hidupku?
Untuk siapa aku hidup?
Adakah ganjaran bagi hidupku ini?
Sia-siakah hidupku ini?

Apa yang kucari dalam hidup yang singkat ini?
Jika kebahagiaan yang ku cari,
Tahukah aku erti sebenar kebahagian?
Tahukah aku dimana letaknya bahagia?
Bagaimana untuk ku mencari kebahagiaan?
Jika ia ada di dunia ini,
Dapatkah aku merasakan kebahagiaan itu?
Mampukah aku memanfaatkannya?
Jika kebahagiaan itu dapat dirasakan,
Mampukah aku mengekalkannya?
Adakah kebahagiaan itu hanya milikku?
Jika tidak,
Sedarkah aku akan mereka yang turut mendambakan kebahagiaan?
Bisakah aku kongsi kebahagiaan itu?

Kemanakah arah tuju ku?
Adakah aku menuju ke jalan yang benar?
Atau aku telah menyimpang jauh?
Jika kejayaan dunia yang dituju,
Adakah aku berusaha menuju kesitu?
Jika kejayaan akhirat yang dituju,
Apa persiapanku untuk kesana?
Cukupkah bekalan ku untuk menuju ke sana?
Apakah bekalan yang telah ku sediakan?
Jika amal ibadat yang menjadi bekalan,
Yakinkah aku dengan amal ibadat ku?
Ikhlaskah aku dalam amal ibadatku?
Khusyukkah aku dalam beribadat?

Apa agama ku?
Jika benar Islam itu agama ku,
Jelaskah aku dengan Islam?
Fahamkah aku apa Islam sebenarnya?
Jika benar aku faham Islam,
Adakah aku menuruti segala ajaran Islam?
Jika benar aku tahu tentang ajaran Islam,
Adakah aku beramal dengannya?
Apakah sumbanganku terhadapnya?
Mampukah aku menegakkanya?
Bolehkah aku kembalikan Islam yang sebenarnya?
Islam yang kini hanya tinggal pada nama,
Islam yang kini pudar keindahannya,
Islam yang kini diperkotak-katikkan,
Islam yang kini gemilang hanya pada sejarahnya..
Adakah perasaan bangga pada agama ku?

Adakah benar aku seorang muslim?
Layakkah aku digelar muslim sejati?
Tahukah aku syarat bergelar muslim sejati?

Apakah tugasku di dunia ini?
Jika aku di dunia ini sebagai khalifah,
Adakah aku hidup kini sebagai khalifah?
Tahukah aku apa itu khalifah yang sebenarnya?
Fahamkah aku tentang tugas sebagai khalifah?
Mampukah aku menjadi khalifah di muka bumi ini?
Tahukah aku kisah khalifah terdahulu?
Fahamkah aku tentang pengorbanan seorang khalifah?
Tertunaikah janjiku sebagai khalifah?

Dimana aku sekarang?
Dunia?
Tempat apakah itu?
Kenalkah aku dengan dunia?
Tahukah aku gelora dunia?
Apa erti dunia bagiku?
Apakah hubunganku dengan dunia?
Tahukah aku hak-hak setiap yang ada di dunia?
Tahukah aku manfaat dunia?
Adakah aku menggunakan segala yang ada di dunia dengan betul?
Adakah aku perosak dunia?
Mampu kah aku mengamankan dunia?
Mampukah aku berhubung dengan segala isi dunia?
Mampukah aku berbuat kebaikan terhadap segala isi dunia?
Tahukah aku kedudukan ku di dunia?
Mampukah aku menahan godaan dunia?
Sedarkah aku akan nikmat di dunia yang melimpah ruah?
Adakah aku bersyukur dengan nikmat yang aku nikmati?
Pandaikah aku menggunakannya di jalanMu?
Adakah aku hanyut dengan nikmat di dunia?
Indahnya ciptaanMu ,Ya Rabb…
Mampukah aku manfaatkan keindahan itu?
Tertipukah aku dengan keindahan dunia?
Terfikirkah aku akan keagunganMu dengan ciptaanMu?
Fahamkah aku akan apa yang dikatakan indahnya dunia?
Keindahan yang di dalamnya terdapat perbagai warna,
Warna kehidupan yang bisa ditafsir dengan pelbagai maksud,
Warna kehidupan yang lurus, pincang, bengkok, kosong
Dan sebagainya,
yang tak bisa di huraikan satu persatu…..
Inikah duniaku?
Adakah dosa atau pahala yang aku peroleh dari duniaku ini?
Dunia hanyalah sementara,
Sedarkah aku tentang itu?
Apa yang telah aku lakuakan di dunia yang sementara ini?

Adakah aku hidup untuk selamanya?
Mustahil,
Tiada satupun yang kekal di dunia ini,
Melainkan Dia…
Ini bermakna hayatku akan tamat,
Aku pasti akan mati,
Sedarkah aku bahawa aku akan mati pada bila-bila masa?
Sepertimana yang telah tertulis di lauh mahfuz,
Tapi,
Tahukah aku bila waktunya?
Adakah aku dimaklumkan tarikhnya?
Jika tidak,
Adakah aku sudah bersedia untuk itu?
Tahukah aku apa persediaan menuju kematian?
Apakah kesudahan diriku????
semakin banyak soalan yang terjawab semakin banyak lagi persoalan yang timbul…persoalan tidak akan pernah tamat selagi apa yang dicari tidak ditemui…
sesungguhnya ALLAH SWT maha mengetahui, Allah mengetahui apa yang tidak aku ketahui. ALLAH maha bijaksana , ALLAH maha halus…

Namun sebenarnya,
Aku adalah hamba yang mendambakan kasih Mu
Aku hamba yang sedang berusaha mencari Mu
Aku hamba yang menginginkan cahaya petunjuk Mu
Aku hamba yang memohon keampunan dari Mu
Aku hamba yang ingin disucikan & dibersihkan hati
Aku hamba yang berusaha memperbaiki diri
Aku hamba yang mencari keredhaan Mu
Aku hamba yang berjalan mempelajari ilmu Mu
Aku hamba yang mahu diperbetulkan jalan hidup
Aku hamba yang sedang berusaha beramal
Aku hamba yang inginkan kejayaan dunia & akhirat
Aku hamba yang mengimpikan sebuah keluarga bahagia
Aku hamba yang mengharapkan pahala ketikamana melahirkan
Aku hamba yang punya cita-cita menjadi ibu mithali
Aku hamba yang bercita-cita menjadi wanita penyayang
Aku hamba yang berusaha mencontohi wanita2 teladan dalam Al-Quran
Aku hamba yang punya kemahuan berjuang di jalan Mu
Aku hamba yang bercita-cita menegakkan agama Mu
Aku hamba yang punya rasa belas kasihan
Aku hamba yang punya impian untuk membela saudaraku
Aku hamba yang rindukan kedamaian & ketenangan
Aku hamba yang mengimpikan syahid di jalan Mu
Aku hamba yang mengharapkan syurga Mu…


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy