Kegagalan Kelmarin BUKAN Pengukur Kejayaan Hari Ini Dan Hari Esok

Kegagalan Kelmarin BUKAN Pengukur Kejayaan Hari Ini Dan Hari Esok

Ramai pelajar menjadikan kegagalan masa lalu sebagai pengukur kepada usaha untuk membina kejayaan pada hari ini dan hari esok.
Kenapa mesti begitu?


Kenapa mesti kejam pada diri sendiri? Kenapa mesti menyamakan masa lalu dengan masa sekarang, sedangkan pada hakikatnya ia 2 ruang masa yang cukup berbeza?

Jika kita seorang pelajar dan kita pernah gagal satu subjek pada peperiksaan lalu, terimalah hakikat yang perkara itu berlaku di masa lalu, semester lalu atau beberapa bulan yang lalu. Jangan jadikan sebagai faktor untuk kita tidak berusaha belajar bersungguh-sungguh supaya lulus di hari ini, pada masa ini supaya esok-esok bila habis belajar, senang hati.

Buat apa nak ingat perkara yang sudah berlalu? Sebab apa dan untuk apa? Apa faedahnya? Mengapa terlalu banyak fikirkan masa lalu, bukan fikir masa depan sedangkan masa lalu sudah tidak boleh kita ubah lagi?

Buat apa tak bersemangat hanya sebab pernah gagal subjek itu di masa lalu? kita menyusahkan diri sendiri.

Maknanya, sendiri cari susah, sendiri merasa payah. Tak ada sesiapa pun suruh kita buat macam itu.

Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala.

Dalam hidup, Anda dan saya sentiasa ada 2 pilihan. Ia tetap akan ada 2. Apa jua jenis keputusan yang kita akan buat, tetap kena pilih 1 keputusan di antara 2 pilihan.

Saya andaikan jika kita menyamakan masa lalu dengan masa ini, kita memilih untuk gagal. kita memilih untuk tidak berjaya.

Kita memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.

Jadi, sebab itulah orang lain tidak membantu Anda.

Fokus orang lain hanya untuk membantu orang yang memilih untuk berjaya, mahu membina kecemerlangan untuk membentuk kejayaan. Mana-mana pelajar memilih untuk untuk nak bahagia, nak gembira, nak skor walaupun pernah gagal, orang lain ada disitu sebagai pendorong.

Untuk memaksa orang lain membantu kita, ubahlah keputusan kita. Pilih untuk melupakan masa lalu seolah-olah ia tidak wujud lagi. kita merasa selesa dengan hari ini, sebab masa lalu kita sudah berlalu pergi begitu saja, bagaikan tiada apa-apa pernah berlaku.

Kebahagiaan akan muncul bila kita memilih untuk berusaha menjadi orang berjaya - pelajar berjaya, pekerja berjaya, usahawan berjaya atau suri rumah berjaya.

Bila berjaya, bahagia akan ada lalu disitu muncul rasa gembira. Gembira ini yang kita mahu supaya ia menjadi booster untuk kita semakin rajin berusaha. Menerima hakikat, maksudnya kita menerima ketetapan yang masa lalu kita menjadi tidak sama dengan masa sekarang dan masa depan.

Macam baca buku setebal 30 muka surat. 10 muka surat yang sudah kita baca, tak akan sama ceritanya dengan 10 muka surat yang kita baca sekarang ini dan 10 muka surat yang belum kita baca lagi. Buat apa menyamakan cerita yang ada dalam 10 muka surat tadi dengan 10 muka surat yang dibaca sekarang? Untuk apa dan sebab apa? tak syok macam itu .....

Mana sama ceritanya. Ia akan membuat kita keliru. Oleh sebab keliru, kita hilang semangat nak membaca.

Begitu juga dengan hidup ini. Dah gagal di masa lalu, tak semestinya itu sebab utama kita malas berusaha. Jika kita ada perangai macam itu, boleh diumpamakan dengan sikap malas atau berat hati nak mengusahakan sesuatu.

Jangan pernah samakan masa lalu dengan masa sekarang. Bila kita asyik menyamakan masa lalu dengan masa sekarang, kita akan malas berusaha, bagaikan tidak ada sebab untuk lita rajin berusaha mengulangkaji pelajaran.

Jadikan kegagalan kemarin untuk kita berusaha sungguh2.. belajar daripada kegagalan supaya kita tidak gagal lagi di kemudian hari kan.. kegagalan mengajar kita erti sebuah kejayaan,jangan cepat putus asa.. fikir positif la sikit ......


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy