KADA BALOH NEGARA



KADA BALOH
NEGARA

Dilancarkan Pd. 21hb. Ogos 2006
Di ladang Merdeka Jelor, Pasir Puteh, Kelantan


Konsep KADA Baloh Negara diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa, Pengerusi KADA dengan merujuk “ BALOH “ adalah sebuah “ RUMAH KECIL “ tempat simpanan hasil pertanian sebagai sumber bekalan makanan bagi satu-satu keluarga. Justeru, pengenalan konsep KADA Baloh Negara yang merupakan agenda besar KADA dalam RMKe 9 adalah bermatlamat untuk menjadikan KADA sebagai pusat pengeluaran makanan Negara yang selaras dengan perancangan kerajaan untuk mewujudkan TERMINAL MAKANAN NEGARA di Kelantan.


MATLAMAT

  1. Meningkatkan pengeluaran padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternakair dan produk industry asas tani.
  2. Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan usahawan tani dalam kawasan KADA

TERAS PELAKSANAAN

  1. KUANTITI : Meningkatkan kualiti pengeluaran dengan meningkatkan keluasan kawasan bertanam dan kadar pengeluaran.
  2. KUALITI : Meningkatkan kualiti produk ke tahap piawaian global.
  3. VARIETI (Kepelbagaian) : Mempelbagaikan produk nilai tambah.
  4. PARTISIPITASI (Penyertaan) : Melibatkan penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan lain.
  5. TEKNOLOGI : Menumpukan kepada penggunaan teknologi di peringkat pengurusan dan pengeluaran.

KOMODITI PADI


Tanaman padi adalah komoditi utama dalam kawasan KADA, Di akhir RMKe 9, KADA mensasarkan pengeluaran padi akan ditingkatkan kepada 383,070 tan dengan kadar pengeluaran 6.5 tan/hektar bagi mencapai tahap sara diri Negara sebanyak 90%. Bagi mencapai sasaran tersebut, strategi berikut dirangka :

A. Meningkatkan pengeluaran menerusi konsep :

  1. LADANG MERDEKA iaitu perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi moden di bawah pengurusan berpusat.
  2. MINI ESTET PADI atau PERLADANGAN KELOMPOK, iaitu pemuafakatan petani mengusahakan sawah secara bersepadu di bawah bimbingan KADA.
  3. PROJEK 10 TAN, iaitu bimbingan intensif kepada sekumpulan petani bagi mencapai pengeluaran 10 tan/hektar untuk dicontohi oleh petani lain.

B. Meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran menerusi :


  1. Mempermoden system taliair, rumah pam dan lain-lain kemudahan asas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bekalan air.
  2. Penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik
  3. Pengurusan perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu dan berkesan.
  4. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pengurusan di kalangan petani menerusi kegiatan pengembangan yang agresif dan berkesan.
  5. Memperkemaskan urusan bekalan input, skim kredit dan pengurusan pemasaran.
  6. Berkerjasama dengan pelbagai agensi/jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain badan bagi mendapat khidmat kepakaran.

KOMODITI
SAYUR-SAYURAN


Pengeluaran sayur-sayuran dalam kawasan KADA akan ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pasaran. Tumpuan diberikan kepada usaha memajukan jenis sayur-sayuran yang bernilai tinggi dan berpotensi seperti cili, tomato, kobis, peria, terung, brassica, kekacang, timun, tanaman herba dan tanaman industry seperti keledek, ubi kayu dan roselle. Untuk itu, penggunaan benih hybrid dan teknologi biotek akan dikembangkan bagi meningkatkan produktiviti.

Bagi mencapai sasaran tersebut strategi berikut dirangka ;

  1. Memajukan lebih banyak ladang kekal sayur kormesial.
  2. Meningkatkan produktiviti dan menguruangkan kos dengan penekanan kepada penggunaan teknologi, amalan pertanian baik, khidmat nasihat dan pengendalian lepas tuai.
  3. Mewujudkan jalinan pemasaran yang kukuh dan stabil.
  4. Menggalakkan penyertaan pihak swasta.
  5. Berkerjasama dengan pelbagai institusi dan agensi kerajaan.

KOMODITI BUAH-BUAHAN


Pengeluaran buah-buahan akan ditingkatkan dengan tumpuan untuk mengkomersialkan jenis buah-buahan yang bernilai tinggi dan berpontesi untuk pasaran tempatan dan eksport. Antaranya manggis, nanas, betik, tembikai, melon, mangga, nangka, jambu batu, limau, pisang dan juga komoditi baru seperti pithaya. Lebih banyak kawasan tanaman baru akan dimajukan di samping membaikpulih kawasan sedia ada bagi meningkatkan produktiviti.


KOMODITI TERNAKAN


Pengeluaran produk ternakan seperti daging lembu, kambing, ayam, itik, puyuh akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Sekumpulan penternak dan usahawan serta swasta digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti penternakan haiwan berentitikan komersial dan teknologi moden. Lebih banyak kawasan yang sesuai dan strategic akan dimajukan bagi tujuan ini termasuk penternakan secara intensif dan fedlot. Lebih ramai petani akan digalakkan untuk mengusahakan ternakan ayam, itik dan puyuh sebagai aktiviti sampingan bagi menambahkan pendapatan. Mereka yang terlibat diberikan bantuan berupa kandang, reban, baka, bahan makanan dan khidmat nasihat.


KOMODITI TERNAK AIR



Aktiviti penternakan ikan air tawar dalam taliair dan empangan akan digalakkan bagi meningkatkan pengeluaran produk perikanan air tawar dan menambah pendapatan. Tumpuan diberikan kepada beberapa sepsis ikan air tawar yang bernilai tinggi seperti ikan kelah, patin, tilapia, baung dan keli. Galakan akan juga diberikan untuk pengeluaran ikan hiasan yang bernilai tinggi seperti ikan mas, koi, discus dan arowana. Keupayaan pengeluaran benih ikan akan ditingkatkan selain pemberian bantuan berupa sangkar, benih ikan dan makanan kepada penternak.


KOMODITI INDUSTRI ASAS TANI


Kawasan KADA amat berpotensi untuk menjadi pengeluar utama produk industry asas tani kerana memiliki bahan memtah dan kepakaran tersendiri pengusahanya. Program pembangunan indutri asas tani akan ditingkatkan dengan melahirkan lebih ramai usahawan baru di samping membangunkan lebih banyak produk baru dan menaiktaraf produk sedia ada bagi menjadikan KADA sebagai “ HALAL HUB “ serantua. Penekanan adalah kepada pengeluaran berskala besar berteraskan teknologi moden untuk pengeluaran produk yang berkualiti selain menumpukan kepada aspek pembungkusan, pelabelan dan memperluaskan program promosi serta pemasaran. Pengusaha bertaraf mikro akan dinaikkan ke taraf kecil dan sederhana termasuk mengadakan “ Busines Matching “ dengan swasta atau pengusaha besar.


PENUTUP


Bagi menjayakan konsep KADA BALOH NEGARA, setiap sumber yang ada akan digunakan sepenuhnya termasuk penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan. PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN dan UNIT-UNIT PELADANG akan menjadi tenaga pengerak utama dalam pelaksanaan konsep KADA Baloh Negara dengan sokongan daripada pelbagai pihak lain. Program strategic dan perancangan rapi akan dibuat terhadap program penanaman dan pengeluaran bagi memastikan setiap hasil yang dikeluarkan mendapat pasaran dan lambakan hasil. Konsep KADA BALOH NEGARA akan mendatangkan faedah yang amat besar kepada rakyat terutamanya dari segi peningkatan pendapatan dan taraf sosio ekonomi.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy