GP Insentif Racun Perosak & Rumpai


MANUAL PELAKSANAAN INSENTIF MENING
KATKAN
PENGELUARAN BERAS NEGARA BAGI SUB PROGRAM
KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN RUMPAI

TUJUAN

Dokumen ini disediakan untuk memaklumkan mengenai kaedah pelaksanaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai. Kaedah pelaksanaan ini meliputi dasar pemberian racun, perolehan dan pengedaran racun serta pemantauan operasi Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara.

Dokumen ini diterimapakai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pengecualian diberikan kepada Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iaitu dengan membenarkan sedikit perubahan dibuat mengikut keadaan setempat yang tidak melibatkan perubahan dasar daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).

LATARBELAKANG

2.1 Peningkatan beras di peringkat antarabangsa dan kekurangan bekalan telah menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara yang mencukupi. MoA telah diberi tanggungjawab untuk menangani krisis ini dan menentukan bekalan makanan negara mencukupi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan pada 2 Mei 2008 telah meluluskan Program Dasar Jam inan Makanan Nasional (2008-2010) yang mengandungi langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi meningkatkan produktiviti sektor agro makanan termasuk peningkatan pengeluaran beras.

2.2 Susulan daripada masalah ini, tindakan ‘Quick Win’ bagi meningkatkan produktiviti padi dirangka bagi membantu mengawal dan mengurangkan kerosakan akibat serangan musuh dan penyakit yang mengancam pengeluaran padi seperti siput gondang emas, tikus, bena perang, karah, hawar dan lain-lain mengikut keperluan setempat. Di samping itu, pembekalan input pertanian bagi kawalan makhluk perosak dapat membantu mengawal dan mengurangkan infentasi padi angin dan rumput rampai.

2.3 Sebelum ini kerajaan tidak pernah memberikan sebarang bantuan secara lansung kepada pesawah-pesawah dalam pengawalan makhluk perosak seperti racun dan bahan kimia. Bagi mengurangkan bebanan kos yang sedang ditanggung oleh pesawah, kerajaan telah memperkenalkan insentif baru di bawah sub-program pembekalan input pertanian bagi kawalan makhluk perosak dan rumpai.

2.4 Tumpuan utama pelaksanaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai adalah di kawasan-kawasan penanaman padi dua musim setahun. Namun demikian skim ini juga tidak mengabaikan kawasan-kawasan penanaman padi satu musim.

3. TUJUAN INSENTIF MENINGKATKAN PENGELUARAN BERAS NEGARA

Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras telah diperkenalkan untuk memastikan bekalan beras negara yang stabil dan mencukupi selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Selain dari itu Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara adalah bertujuan untuk :

3.1 Meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara;
3.2 Meningkatkan pengeluaran beras dengan memperkukuhkan khidmat sokongan dan pemberian subsidi serta pembayaran insentif;
3.3 Menambah pengeluaran dengan meningkatkan intensiti penanaman dan pembukaan kawasan baru bagi tempoh jangka panjang;
3.4 Memodenkan aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti yang ekonomi, sistematik dan berkesan;
3.5 Meningkatkan pengeluaran padi dan dapat menambahkan pendapatan penanam padi; dan
3.6 Sebagai insentif kepada petani mengusahakan tanaman sawah bagi meningkat pengeluaran padi negara di samping mengurangkan pengimportan beras.

4.0 DASAR PEMBERIAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN RUMPAI

4.1 Pemberian bantuan input pertanian melalui Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai ini meliputi semua kawasan padi.
4.2 Insentif ini diberi kepada pesawah dalam bentuk kupon sebanyak RM200 per hektar tertakluk kepada kombinasi nilai barang yang dipilih.
4.3 Insentif ini diberi kepada pengusaha tanaman padi yang layak dan berdaftar dengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP).
4.4 Insentif diberikan kepada pengusaha tanaman padi samada ianya diusahakan di atas tanah sendiri, sewa, pajak atau kepada syarikat­syarikat yang berdaftar dan mengusahakan tanaman padi atau lain-lain kawasan yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa.
4.5 Bekalan racun akan disalurkan kepada pengusaha tanaman padi melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau sub-stokis yang berdaftar.
4.6 Pengusaha tanaman padi yang layak diberikan bantuan racun hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :

    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun ke atas;
    • Memiliki tanah bergeran atau surat pengesahan Pegawai Tanah atau ‘Land Authority’ yang dikeluarkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah sahaja;
    • Pesawah/pengusaha yang menyewa tanah bergeran atau tanah yang mempunyai surat arahan pengukuran (termasuk tanah adat bagi Negeri Sabah dan Sarawak);
    • Pesawah yang berdaftar dengan LPP, KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak;
    • Pengusaha sawah padi samada syarikat atau individu yang berdaftar;
    • Tiada had keluasan maksimum pemberian racun; dan
    • Lain-lain syarat yang akan diberitahu dari masa ke semasa.


5. PENGENDALIAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN RUMPAI

Pengendalian insentif ini melibatkan peranan daripada pelbagai pihak. Selain daripada MoA sebagai pemegang dasar dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Jabatan Pertanian Sarawak sebagai pelaksana kepada skim ini, peranan yang besar dan amat penting dipikul oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)/Pembekal sebagai pembekal input dan PPK sebagai stokis yang membuat pesanan dan mengedarkan racun kepada pesawah, tepat pada masa yang diperlukan. Rajah 1 menunjukkan Carta Pengendalian Insentif Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai.

5.1 Peranan dan Tanggungjawab Jabatan dan Agensi

Peranan MoA, jabatan dan agensi lain adalah sebagai sokongan kepada pengendalian input dan juga memainkan peranan penting bagi memantapkan lagi pengurusan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai.

5.1.1 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Menetapkan dasar pelaksanaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai;
  • Menyedia anggaran belanjawan tahunan;
  • Membuat tawaran untuk membekal input serta mengikat kontrak dengan pembekal;
  • Memastikan pembekal mematuhi terma-terma kontrak; dan
  • Menyelaras semua aktiviti jabatan/agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai.
5.1.2 LPP/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak
  • Sebagai pendaftar Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai;
  • Menyelia pelaksanaan I nsentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai;
  • Memastikan terimaan bekalan input dari pembekal dan pengedaran racun kepada pesawah dilaksanakan dengan sempu rna;
  • Memastikan racun disimpan di stor PPK dengan selamat dan teratu r;
  • Menyemak dan mengesah bil tuntutan perkhidmatan pengedaran racun; dan
  • Mengemukakan laporan kepada MoA.
5.1.3 NAFAS/Pembekal

Membuat pembekalan racun sebagaimana kontrak yang ditandatangani dengan kerajaan; dan
Melantik PPK sebagai stokis bagi mengedarkan racun.

5.1.4 Pertubuhan Peladang Kawasan
  • Membuat pendaftaran pesawah;
  • Menjadi stokis racun Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai;
  • Membuat pesanan racun;
  • Merekod dan menyelenggara pesanan;
  • Mengedar racun kepada pesawah; dan
  • Mematuhi peraturan Akta Kawalan Racun dan Makhluk Perosak.
5.1.5 Jabatan Pertanian

  • Menganggotai Jawatankuasa Penapis peringkat PPK;
  • Membuat crop cutting survey ke atas hasil pengeluaran padi;
  • Memberi perkhidmatan pengembangan pertanian kepada pesawah; dan
  • Mengemukakan cadangan 3 hingga 4 jenis racun yang biasa digunakan di kawasan PPK.

5.1.6 MARDI

Menjalankan penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan penanaman padi dan lain-lain penyelidikan.

5.2 Jawatankuasa-Jawatankuasa

5.2.1 Jawatankuasa Dasar Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras
Jawatankuasa Dasar Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MoA berkuatkuasa mulai 9 Mac 2007. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil MoA, MARDI, Jabatan Pertanian, LPP, KADA, MADA, Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pertanian Sabah. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Struktur aliran kuasa adalah seperti di Rajah 2.

5.2.2 Jawatankuasa Penyeliaan Pelaksanaan Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JPP) Bagi memantapkan penyeliaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras, Jawatankuasa Penyeliaan Pelaksanaan Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JPP) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LPP. LPP telah dilantik oleh MoA berkuatkuasa mulai 1 Februari 1997. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil MoA, Jabatan Pertanian, KADA, MADA dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Zon-Zon Utara, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak. NAFAS/Pembekal turut hadir sama dalam mesyuarat jika perlu. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan membincangkan perkara­perkara berikut :

  • Laporan Peruntukan Pembekalan dan Bayaran Perkhidmatan;
  • Laporan Penghantaran Baja;
  • Laporan Pesanan dan Penerimaan Baja;
  • Laporan Pelupusan Baja;
  • Laporan Stok Baja;
  • Laporan Kualiti Baja;
  • Laporan Jawatankuasa Teknikal; dan
  • Isu-isu semasa Insentif Pengeluaran Beras.
5.2.3 Jawatankuasa Penyeliaan Pelaksanaan Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JPP) Peringkat Zon

Untuk memperkemaskan lagi pengurusan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras, lima lagi jawatankuasa ditubuhkan di peringkat zon yang merangkumi negeri-negeri seperti berikut :

  • Zon Utara - Perlis, Kedah, Pulau Pinang, MADA dan IADA
  • Zon Tengah - Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan IADA
  • Zon Timur - Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, KADA dan IADA
  • Zon Sabah - Pengarah LPP Sabah e. Zon Sarawak - Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak

Jawatankuasa zon dipengerusikan oleh Pengarah LPP Kedah, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak mengikut zon masing­masing. Jawatankuasa dikehendaki mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan diadakan sebelum Mesyuarat JPP. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri dari Pengarah LPP Negeri, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, MADA, KADA, IADA dan pegawai-pegawai berkaitan dari MoA di bawah MoA di zon-zon berkenaan. (Rajah 3)

5.2.4 Jawatankuasa Teknikal

Jawatankuasa Teknikal ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MARDI. Jawatankuasa ini membekalkan maklumat teknikal kepada Jawatankuasa JPP dalam isu-isu yang berkaitan dengan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras serta isu-isu lain yang berkaitan dengannya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil MoA, Jabatan Pertanian, KADA, MADA dan LPP. NAFAS/Pembekal turut hadir sama dalam mesyuarat jika perlu. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

5.3 Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa

5.3.1 Jawatankuasa Dasar Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras, MoA
Jawatankuasa ini telah dibentuk bagi menilai dan memperakukan isu-isu pelaksanaan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dan teknikal. Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada kedua-dua JPP dan Jawatankuasa Teknikal. Sebarang keputusan berkaitan dasar perlu dibawa kepada Jawatankuasa Dasar di peringkat MoA. Fungsi dan tugas jawatankuasa merangkumi bidang kerja seperti berikut :

  • Menyediakan dan menyemak dasar-dasar berkaitan SBPKP, Insentif Pengeluaran Padi (IPP), Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dan bantuan-bantuan input pertanian yang lain daripada Kerajaan kepada industri padi dan beras;
  • Membincang, menilai dan memperakukan cadangan­cadangan yang memerlukan keputusan dasar daripada jawatankuasa-jawatankuasa lain yang bertanggungjawab kepada jawatankuasa ini;
  • Membincangkan, menilai dan memperakukan permohonan peruntukan tambahan bagi pelaksanaan SBPKP, Insentif Pengeluaran Padi, I nsentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dan bantuan-bantuan input pertanian yang lain daripada Kerajaan kepada industri padi dan beras; dan
  • Mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan dasar-dasar yang berkaitan SBPKP, Insentif Pengeluaran Padi, Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dan bantuan-bantuan input pertanian yang lain daripada Kerajaan kepada industri padi dan beras.
5.3.2 Jawatankuasa Penyeliaan Pelaksanaan Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JPP)

Bagi mencapai matlamat penubuhan, fungsi dan tugas jawatankuasa merangkumi bidang kerja seperti berikut:

5.3.2.1 Menyedia dan mencadangkan dasar-dasar, manual pelaksanaan dan garis panduan yang berkaitan dengan pemberian I nsentif Meningkatkan Pengeluaran Beras;
5.3.2.2 Membentang dasar-dasar yang dicadangkan kepada Jawatankuasa Dasar dan mendapatkan perakuan dan kelulusan;
5.3.2.3 Menentukan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan;
5.3.2.4 Memantau dan menyelaras pelaksanaan I nsentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi memastikan input sampai kepada golongan sasar;
5.3.2.5 Menyediakan anggaran peruntukan untuk perkara­perkara yang berkaitan dengan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras;
5.3.2.6 Menentukan pendaftaran dan semakan pendaftaran pesawah dan pemilik jentera dibuat oleh PPK;
5.3.2.7 Menentukan kualiti dan kuantiti input memenuhi spesifikasi yang ditetapkan;
5.3.2.8 Menentukan pesanan pembekalan input oleh pembekal dibuat tepat pada masanya;
5.3.2.9 Menentukan stok dan stor input diurus dan diselenggara dengan baik;
5.3.2.10 Menentukan input-input yang telah rosak dilupus mengikut prosedur yang ditetapkan;
5.3.2.11 Menentukan tuntutan bayaran dibuat oleh PPK dan dibayar tepat pada masanya;
5.3.2.12 Menentukan tuntutan bayaran dibuat oleh pemilik jentera dan dibayar tepat pada masanya;
5.3.2.13 Menentukan PPK melaksanakan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras mengikut Manual Pelaksanaan yang telah diperakukan oleh MoA; dan
5.3.2.14 Membincang hal-hal lain yang berkaitan dengan isu bantuan kepada industri padi dan beras.

5.3.3 Jawatankuasa Teknikal

Fungsi dan tugas jawatankuasa merangkumi bidang kerja seperti berikut :

  • Membuat penilaian teknikal ke atas baja-baja yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat pembekal baja untuk pertimbangan kerajaan sebagai baja baru atau baja alternatif terutamanya berkaitan dengan skim baja subsidi kerajaan;
  • Membekalkan khidmat teknikal dalam menentukan keperluan baja mengikut kawasan, kesahihan formulasi, keberkesanan penggunaanya dengan kaedah yang piawai dan lain-lain seperti yang diperlukan oleh Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras serta mencadangkan kajian-kajian lanjut yang perlu dijalankan dalam menangani isu-isu tersebut;
  • Mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan akan varieti-varieti padi yang boleh diperakui sebagai varieti­varieti padi yang layak untuk mendapatkan subsidi baja dan harga; dan
  • Membekalkan maklumat-maklumat teknikal yang lain seperti yang diminta oleh MoA dan Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dari semasa ke semasa.

6. PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SEBAGAI STOKIS

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah melantik PPK sebagai stokis untuk mengedar racun di bawah Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras. Satu perjanjian antara NAFAS/Pembekal dan PPK ditandatangani mengikut tempoh kontrak di mana PPK dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab berikut seperti di Rajah 3.

6.1 Tugas-Tugas Pentadbiran

6.1.1 Mendaftar dan mengemaskini bilangan pesawah dan keluasan sawah mengikut setiap musim penanaman;
6.1.2 Merekod dan menyediakan senarai pemohon;
6.1.3 Menyediakan data bilangan pesawah, keluasan sawah dan keperluan racun bagi PPK;
6.1.4 Melaporkan kepada LPP/KADA/MADA/IADA/IADA/Jabatan Pertanian Semenanjung/Sarawak jika berlaku kelewatan pembekalan racun yang dipesan; dan
6.1.5 Menyediakan insuran untuk melindungi stor dan racun yang d isi m pan.

6.2 Tugas-Tugas Pengedaran Racun

6.2.1 Melantik penyelia stor/pegawai penyelia yang mana tugas utamanya ialah mengurus Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras seperti pesanan, penerimaan, penyimpanan, pengawalan keselamatan stor dan pengedaran racun;
6.2.2 Menyediakan stor mengikut piawaian Akta Kawalan Racun dan Makhluk Perosak;
6.2.3 Menyelia stor supaya berada dalam keadaan bersih, kemas dan sempurna sepanjang masa;
6.2.4 Memastikan setiap penangguhan penghantaran racun yang telah dijadualkan, dikemukakan SECARA BERTULIS kepada NAFAS/Pembekal dengan menetapkan tarikh hantaran baru yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak (NAFAS/Pembekal dan stokis); dan
6.2.5 Menyediakan rekod-rekod penerimaan dan pengedaran racun dengan teratur.

7. PENDAFTARAN PESAWAH

Pendaftaran pesawah dilaksanakan di peringkat PPK dengan menggunakan Borang Pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1) dan hendaklah diedarkan di semua pusat-pusat pendaftaran dan pusat pendaftaran kecil dalam tempoh masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

7.1 Surat Hebahan
  • Surat hebahan mengenai aktiviti pendaftaran pesawah hendaklah dikeluarkan kepada Ketua-Ketua Unit Peladang PPK, Penghulu dan Imam Masjid untuk memaklumkan kepada pesawah mengenai perkara-perkara berikut :
  • Tempoh Pendaftaran;
  • Tempat Pendaftaran;
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti :
  • Kad Pengenalan;
  • Geran Tanah/Bil Hasil Tanah asal atau salinan yang disahkan; atau
  • Apa-apa dokumen yang boleh menyokong permohonan (asal dan salinan yang telah disahkan), wajib bagi negeri Sabah dan Sarawak.
7.2 Pengesahan Borang Pendaftaran

7.2.1 Borang-borang yang telah diisi hendaklah disahkan oleh mana­mana 2 orang dari Pegawai Pengesah yang dilantik. Pegawai Pengesah terdiri daripada :

  1. Penghulu/Penggawa;
  2. Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya yang dilantik oleh kerajaan;
  3. Ketua Unit Peladang PPK;
  4. Amil Zakat/Imam; dan
  5. Pembantu Pertanian Kawasan/Pengurus Bahagian PPK sebagai pengesah kedua bagi KADA sahaja.

7.2.2 Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengesah ini adalah seperti berikut :

Menyemak kesahihan butiran maklumat yang dicatatkan oleh pemohon dalam Borang Pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1) adalah bersamaan dengan dokumen-dokumen asal sokongan dan kedudukan fizikalnya;

Memastikan salinan dokumen sokongan adalah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1);

Menandatangani di ruangan Pegawai Pengesah dalam Borang Pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1) dan menurunkan cop rasmi nama serta jawatan, setelah berpuashati semua butiran maklumat yang dicatat oleh pemohon adalah benar;

Pegawai Pengesah berhak menolak permohonan yang dibuat oleh pesawah/pengusaha sekiranya maklumat yang diberikan tidak betul atau meragukan;

Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan teliti, amanah dan tiada unsur pilih kasih terhadap pemohon semasa membuat pengesahan; dan

Pegawai Pengesah adalah bertanggungjawab di atas pengesahan yang dibuat olehnya.

7.2.3 Setelah disahkan oleh pegawai pengesah, borang-borang SBPKP/IPKP/IIP (1) ini hendaklah dikembalikan kepada pusat pendaftaran (PPK) untuk diproses oleh pihak urusetia Pendaftaran sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Penapis. Jawatankuasa ini akan membuat penapisan, perakuan dan kelulusan pesawah yang layak menerima bantuan berserta jumlah racun yang akan diberikan.

7.3 Jawatankuasa Penapis

7.3.1 Jawatankuasa Penapis Peringkat PPK adalah terdiri daripada :

  • Pengarah LPP Negeri/ Jabatan Pertanian Sarawak/Pengurus Besar MADA/KADA/Wakil - Pengerusi
  • Pegawai Daerah/Wakil
  • Pengerusi PPK/AJP
  • Pegawai Pertanian
  • Pengurus Besar PPK atau Pengurus Bahagian PPK – Setiausaha Mesyuarat

7.3.2 Ahli Jawatankuasa Penapis akan dilantik secara rasmi oleh pihak LPP Negeri/Jabatan Pertanian Sarawak/MADA/KADA bagi membolehkan ia menjalankan tugas. Penentuan jadual, tarikh dan tempat mesyuarat akan ditetapkan oleh pihak pengurusan PPK.
7.3.3 Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Penapis adalah seperti berikut :

Membuat tapisan ke atas semua permohonan yang diterima melalui Borang Pendaftaran SBPKP/IPKP/IIP (1) yang telah dilengkapkan sepenuhnya;

Melantik Pegawai Pemeriksa di kalangan Pengurus Bahagian PPK dan Pembantu Pertanian;
Jawatankuasa berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, atau mengetahui maklumat yang diberikan adalah tidak benar;
Jawatankuasa berhak meminta PPK atau Pegawai Pemeriksa membuat semakan semula bagi pihaknya ke atas permohonan yang menimbulkan keraguan sebelum dipertimbangkan semula;
Membuat pengesahan ke atas borang SBPKP2 yang diluluskan seperti yang disenaraikan (Lampiran 2);

Jawatankuasa Penapis adalah bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuat olehnya;
Jawatankuasa Penapis bertanggungjawab untuk membuat pengesahan semakan pendaftaran setiap musim penanaman; dan

Jawatankuasa Penapis berhak menahan pemberian input kepada pengusaha yang terlibat dalam penyelewengan input Insentif Pengeluaran Beras bagi sub-program Kawalan Makhluk Perosak dan rumpai.

7.4 Pegawai Pemeriksa

Pegawai Pemeriksa hendaklah dilantik dari kalangan Pengurus Bahagian PPK atau Pembantu Pertanian di peringkat daerah. Tugas dan tanggungjawab Pegawai Pemeriksa adalah seperti berikut :

7.4.1 Bertanggungjawab membuat lawatan pemeriksaan ke atas lot-lot tanah yang dikemukakan oleh pesawah di dalam borang SBPKP/IPKP/IIP (1) untuk pendaftaran baru dan semakan semula pendaftaran;
7.4.2 Mengemukakan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Penapis untuk keputusan muktamad bagi kes-kes yang meragukan;
7.4.3 Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan teliti, amanah dan tiada unsur pilih kasih terhadap pemohon semasa membuat lawatan pemeriksaan; dan
7.4.5 Bertanggungjawab di atas keputusan lawatan yang dibuat olehnya.

7.5 Daftar Pesawah

7.5.1 Daftar pesawah yang telah diluluskan hendaklah disenaraikan di dalam borang SBPKP2 mengikut kawasan pengendalian dan daerah;
7.5.2 Senarai nama pesawah yang layak menerima bantuan racun hendaklah disediakan sebanyak dua (2) salinan untuk diedarkan atau dipamerkan di tempat-tempat berikut :
Pejabat PPK; dan Pejabat LPP Negeri/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak.
7.5.3 Senarai nama pesawah yang diluluskan permohonan hendaklah diringkaskan dengan menggunakan borang Ringkasan Maklumat Peladang SBPKP3 (Lampiran 3).
7.5.4 Bagi permohonan yang gagal atau ditolak, semakan semula borang permohonan hendaklah dibuat.
7.5.5 Setiap permohonan baru atau kemaskini oleh pesawah hendaklah melalui proses yang sama.

7.5.6 Carta aliran pendaftaran pesawah adalah seperti di Rajah 4.

PESAWAH
SBPKP/IPKP/IIP (1) - Borang
Permohonan
PEGAWAI PENGESAH
2 orang dari berikut:
Penghulu/ Penggawa
Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya yang dilantik oleh kerajaan
Ketua Unit Peladang PPK
Amil Zakat / Imam
5. Pembantu Pertanian
Kawasan/Pengurus Bahagian PPK sebagai pengesah kedua bagi KADA sahaja
PPK
Terima dan Semak
J/K PENAPIS
PERMOHONAN
DITOLAK
Pengarah LPP Negeri/ Jabatan Pertanian Sarawak/Pengurus Besar MADA/KADA/Wakil
Pegawai Daerah/Wakil
Pengerusi PPK/AJP
Pegawai Pertanian
5. Pengurus Besar PPK atau Pengurus Bahagian PPK
Pengurus Bahagian PPK
Pembantu Pertanian
PEGAWAI PEMERIKSA

8.1 Anggaran Keperluan Kawalan Makhluk Perosak dan Rumpai

8.1 .1 Anggaran keperluan racun hendaklah berdasarkan kepada senarai petani-petani dalam borang SBPKP2 dan SBPKP3 yang telah diluluskan dalam Jawatankuasa Penapis.

8.1.2 PPK perlu mengemukakan keperluan tersebut ke pihak Pembekal berpandukan cadangan yang dikemukakan oleh Jabatan Pertanian untuk kawasan setempat.

8.2 Pesanan Racun

8.2.1 PPK sebagai stokis, hendaklah membuat pesanan tiga atau empat jenis racun yang biasa digunakan oleh PPK di bawah kendaliannya kepada NAFAS/Pembekal dengan menggunakan Borang Pesanan NAFAS sebanyak 4 salinan setiap satunya untuk edaran kepada NAFAS/Pembekal (2 salinan), PPK dan LPP Negeri/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak. Pesanan racun oleh PPK kepada NAFAS/Pembekal hendaklah berpandukan kepada Senarai Pendaftaran Pesawah Yang Diluluskan (SBPKP2), Ringkasan Maklumat Peladang-Peladang Didaftar (SBPKP3) dan baki racun sebagaimana terdapat di dalam buku stok. NAFAS/Pembekal hendaklah menyediakan dan membuat penghantaran racun kepada PPK yang dimaksudkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keperluan. PPK akan meringkaskan Borang Permohonan Pesawah (lampiran 4) dalam Borang Pesanan NAFAS (lampiran 5) dan mengemukakan pesanan racun kepada NAFAS. Borang Permohonan racun oleh petani sebanyak 4 salinan setiap satunya untuk edaran kepada NAFAS/Pembekal (2 salinan), PPK dan LPP Negeri/KADA/MADA/Jabatan Pertanian Sarawak.

8.2.2 Pihak NAFAS/Pembekal sebagai pembekal racun, hendaklah menghubungi PPK untuk mengesahkan tarikh penghantaran mengikut jadual.

8.3 Penjadualan Semula

8.3.1 Terdapat kes di mana PPK terpaksa menangguhkan terimaan racun yang dipesan. Antara sebab-sebab penangguhan adalah :

Stor tidak dapat menampung bekalan input yang akan diterima disebabkan racun yang sediada, masih belum selesai di buat pengedaran; dan

Terdapat penangguhan di dalam Jadual Tanaman Padi.

8.3.2 Setiap PPK yang ingin membuat penangguhan perlu mengemukakan notis pengangguhan kepada NAFAS/Pembekal secara bertulis dengan menyatakan rujukan Borang Pesanan Stokis SBPKP7, kuantiti yang ditangguh dan bila racun perlu dihantar semula ke PPK. Mengikut amalan PPK, sebelum notis bertulis dikeluarkan, pegawai yang bertanggungjawab di PPK akan terlebih dahulu membuat penangguhan.

8.4 Pembatalan Pesanan

Terdapat juga kes di mana PPK membatalkan pesanan yang dibuat kepada NAFAS atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti berlakunya banjir, menyebabkan tanah sawah tidak dapat diusahakan pada musim tersebut. PPK hendaklah memaklumkan kepada NAFAS SECARA BERTULIS.

9. TERIMAAN RACUN

9.1 Penerimaan Racun

9.1.1 Setiap permohonan racun yang dibuat melalui Borang Pesanan NAFAS, akan diterima oleh PPK sebelum atau pada tarikh yang diperlukan, sebagaimana tercatat di dalam borang pesanan berkenaan. Setiap pesanan racun oleh PPK diterima secara berperingkat mengikut kapasiti stor PPK.

9.1.2 PPK akan dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak pembekal masa ketibaan lori pembekal. Ini membolehkan PPK membuat persediaan menerima input-input berkenaan. Lori yang sampai ke PPK akan terus masuk sehingga ke depan pintu stor sebelum kerja-kerja pemunggahan dilakukan dengan menggunakan tenaga bu ru h.

9.1.3 Pembekal bertanggungjawab menguruskan penghantaran racun sehingga ke pintu utama stor PPK dengan penyeliaan oleh Pengurus Bahagian atau Penyelenggara Stor PPK.

9.1.4 Penyeliaan kerja-kerja pemunggahan dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Bahagian atau Penyelenggara Stor PPK sehingga selesai. Pemandu lori akan mengemukakan nota hantaran pembekal kepada pegawai yang menyelia untuk mengesahkan penerimaan racun adalah mencukupi dan memenuhi spesifikasi.

9.1.5 Apabila racun diterima ia hendaklah diperiksa dan dipastikan jenis, kuantiti dan kualiti botol racun supaya berada dalam keadaan baik dan mengikut pesanan yang telah dibuat. Pembekalan racun yang tidak mengikut pesanan hendaklah ditolak.

9.1.6 Wakil pembekal perlu mengemukakan invois pembekal kepada pegawai yang menyelia untuk mengesahkan racun yang diterima adalah seperti di dalam borang pesanan dan memenuhi spesifikasi.

9.1.7 Hanya pegawai yang terdiri dari Pengurus Besar PPK, Pengurus Bahagian, Penyelenggara Stor atau pegawai yang dilantik sahaja, dibenarkan untuk menandatangani nota hantaran dari pembekal (NAFAS) sebagai pengesahan penerimaan racun.

9.2 Penyimpanan Racun

9.2.1 Hendaklah memastikan bahawa stor input berada dalam keadaan baik dan bersedia menerima racun. Racun hendaklah disusun secara teratur dan sistematik di atas rak khas bagi memudahkan proses pengedaran dilaksanakan.

9.2.2 Setiap PPK digalakkan untuk menyediakan kemudahan stor yang baik (termasuk memastikan pengedaran udara yang sempurna) bagi menjamin kualiti racun dapat dikekalkan.

10. PENGEDARAN RACUN

10.1 Semakan Senarai Pesawah

10.1.1 Sebelum racun diedar, PPK perlu menyemak senarai semua pesawah yang berdaftar bagi sesuatu musim mengikut borang SBPKP2 sepertimana yang disahkan oleh Jawatankuasa Penapis dan Borang SBPKP3 sebagai pengesahan kelayakan penerimaan input. Hanya pesawah yang berdaftar dan diluluskan sahaja layak menerima input Insentif Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai.

Kupon Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras dan Resit Akuan Penerimaan Racun Rumpai/Makhluk Perosak (RACUN 1) (Lampiran 6) sebanyak 5 salinan hendaklah disediakan untuk ditandatangani oleh pesawah sebagai akuan penerimaan input Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub-program kawalan makhluk perosak dan rumpai. Salinan pertama (putih) hendaklah diserahkan kepada pengusaha sawah padi, salinan kedua (merah jambu) dan ketiga (kuning) kepada PPK dan keempat (biru) untuk LPP Negeri, salinan buku (hijau) untuk rekod simpanan.

10.2 Penerimaan Racun Oleh Pesawah

10.2.1 Kupon (Racun 1) diberi kepada pengusaha tanaman padi mengikut borang SBPKP2 sepertimana yang disahkan oleh Jawatankuasa Penapis. Racun ini tertakluk kepada nilai barang yang dipilih maksimum RM200 per hektar. Syarat-syarat kupon ini adalah seperti berikut :
Kupon ini tidak boleh ditukarkan kepada tunai;
Kupon ini tidak boleh ditukar hak milik;
Kupon ini perlu dibawa ke PPK beserta kad pengenalan;
dan

Tempoh sah kupon ini adalah pada musim berkenaan sahaja.

10.2.2 Pesawah hendaklah menandatangani Resit Akuan Penerimaan Racun Rumpai/Makhluk Perosak (RACUN 1) di ruangan yang disediakan sebagai akuan terimaan.

10.3 Rekod Pengedaran Racun

PPK perlu merekodkan pengesahan penerimaan racun di dalam borang Ringkasan Penerimaan Racun (Borang Racun 2) (Lampiran 7). Dalam masa yang sama PPK juga perlu mengemaskini buku stok. PPK hendaklah melampirkan Kupon Racun 1 bersama-sama Borang Permohonan NAFAS (senarai racun-racun). PPK hendaklah menyimpan maklumat Racun 2 untuk rujukan.

11. PELUPUSAN RACUN

11.1 Pengiraan stok racun ini dibuat dua kali setahun iaitu selepas selesai musim sawah. Laporan stok ini hendaklah dibentangkan dalam Jawatankuasa Zon.

11.2 Sekiranya terdapat racun yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi, maka permohonan pelupusan akan dikemukakan. Cadangan pelupusan racun ini oleh PPK dikemukakan kepada Lembaga Pemeriksa LPP Negeri dua kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Januari tahun berikutnya. Pelupusan input hendaklah selaras dengan Bahagian XIV - Pelupusan Barang-barang (Panduan 207 - 232) Panduan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor dan para 5 - Kaedah Perlantikan dan Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1997, dan Garispanduan Pelupusan Aset dan Barang-Barang Kerajaan.

11.3 PPK akan memaklumkan kepada Lembaga Pemeriksa bilangan input yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi dan mengemukakan cadangan pelupusan. Lembaga Pemeriksa akan membuat lawatan ke PPK tersebut dalam tempoh 30 hari bekerja (dari tarikh penerimaan permohonan pelupusan) untuk memastikan bilangan botol/beg dicadangkan dan tahap kerosakan input tersebut sebelum membuat perakuan pelupusan.

11.4 Setelah berpuashati, Lembaga Pemeriksa akan membuat permohonan pelupusan input kepada MoA dalam tempoh 21 hari bekerja melalui borang Kew.300 -v (Lampiran 8). Kelulusan pelupusan input diperolehi dalam tempoh sebulan selepas dikemukakan kepada MoA. PPK hendaklah melaksanakan kerja-kerja pelupusan input dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan diberi. Sijil Pelupusan Barang-Barang Lampiran X (Panduan 200, 217) – Kew X (Lampiran 9) dan Sijil Pegawai Menyaksikan Pelupusan (Lampiran 10) akan dikeluarkan oleh Lembaga Pemeriksa untuk dikemukakan kepada MoA dan Jabatan Audit Negara Cawangan Pertanian.

12. KAWALAN DAN PENYELIAAN

12.1 PPK adalah bertanggungjawab kepada JPP Zon Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras (Kawalan Makhluk Perosak) dan dikehendaki menyediakan beberapa laporan setiap kali mesyuarat diadakan iaitu tiga kali setahun. Laporan-laporan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut (Lampiran 11a, 11b dan 11c):

Racun 1 - Laporan Racun Lewat Dibekalkan;
Racun 2 - Laporan Pelupusan Racun; dan
Racun 3 - Maklumat Pengedaran Racun.

12.2 Racun 1- Laporan Racun Lewat Di Bekalkan

Laporan racun lewat dibekalkan bermaksud racun yang lewat dibekalkan oleh pembekal kepada stokis dari tarikh racun diperlukan dengan mengambil kira tempoh 30 hari masa untuk penghantaran yang diberikan kepada pihak pembekal;
Tarikh pesanan di borang Borang Pesanan Belian PPK hendaklah tidak lewat 30 hari dari tarikh racun diperlukan oleh PPK;
Tarikh perlu racun bermaksud adalah tarikh dimana racun dikehendaki sampai ke premis stokis;
Tarikh terima adalah bermaksud tarikh dimana racun diterima oleh stokis; dan
Denda lewat kepada pembekal pada kadar 2% bagi setiap bulan berdasarkan nilai input.

12.3 Racun 2 – Laporan Pelupusan Racun

PPK dikehendaki mengemukakan laporan permohonan pelupusan
racun pada setiap akhir musim pengedaran racun selesai; dan
Laporan permohonan pelupusan racun mengandungi maklumat mengenai jenis dan jumlah bilangan botol/beg racun yang dipohon untuk pelupusan.

12.4 Racun 3 – Maklumat Pengedaran Racun

Laporan ini bertujuan untuk mengetahui bilangan input yang dipesan, bilangan input diterima dan bilangan petani yang menerima bantuan racun dan jumlah keluasan tanaman yang diusahakan. Disamping itu laporan ini juga melaporkan kedudukan status semasa baki stok awal musim dan pergerakan pesanan, penerimaan dan pengeluaran serta baki akhir stok semasa.

13. PENUTUP

Pelaksanaan Manual Insentif Meningkatkan Pengeluaran Beras bagi sub­program kawalan makhluk perosak dan rumpai ini bagi memastikan bekalan beras negara yang stabil dan mencukupi selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara setelah mengambil kira perubahan-perubahan semasa. Walau bagaimanapun pemantapan dan penambahbaikan akan dibuat secara berterusan tertakluk kepada arahan-arahan dan perubahan dasar kerajaan.

Cawangan Insentif Pertanian Lembaga Pertubuhan Peladang 20 September 2008

Untuk mendapat maklumat dan lampiran-lampiran sila layari webside : http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=6c5c0bd3-62cf-4ccc-a31f-2d77615d5746&groupId=10124




Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy